Uncategorized

Cara Syarikat Di Malaysia Lari Cukai (Sila Jangan Tiru)


Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan menetapkan tiap-tiap syarikat, badan amanah atau koperasi supaya menghantar borang cukai dalam tempoh 7 bulan selepas penutupan tempoh perakaunan. Tahniah kepada mereka yang patuh menghantar borang setiap tahun. Kepada yang masih belum patuh, kami doakan semoga anda cepat-cepat kantoi. Ops!

Peringatan : Artikel kali ini ditulis bukan nak mengajar pembaca cara lari cukai, tetapi ambil iktibar supaya tidak ‘dicekup’ oleh pegawai Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan dikenakan penalti yang tinggi.

Hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan di firma audit, berikut merupakan cara yang digunapakai oleh syarikat di Malaysia untuk kurangkan bayaran cukai. Mereka ni jenis yang hantar borang cukai tetapi ‘berusaha’ untuk kurangkan bayaran cukai.

1. Buat Syarikat Banyak-Banyak

Sekarang kita dah kembali ke zaman SST menggantikan GST. Bagi cukai SST, ia adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas harga pengeluaran dari kilang.

Syarikat yang semakin membesar biasanya akan sengaja buat tax planning dengan menubuhkan beberapa anak syarikat (subsidiari) dengan niat untuk mengurangkan bayaran cukai.

Syarikat pengilang akan berusaha kurangkan kos di peringkat awal supaya cukai SST yang dibayar adalah rendah. Tetapi dalam masa sama, ia mempunyai syarikat-syarikat lain yang berkaitan antara satu sama lain dan mengambil kesempatan dengan menaikkan kembali harga barang.

Contohnya : Apabila produk telah dikeluarkan, syarikat pengilang A jual kepada syarikat pemasaran B (subsidiari) dengan harga RM20,000.

Kemudiannya, produk tadi akan dijual ke dalam pasaran dengan harga yang lebih tinggi, katakan RM70,000. Jadi, cukai SST yang dikenakan adalah atas RM20,000 bukannya RM70,000.

Syarikat pengilangan A akan dikenakan cukai pendapatan syarikat 18% ke 24% (mengikut modal berbayar syarikat) ke atas kadar untung bersih yang lebih kecil. Yelah, dah dia jual murah-murah je dekat syarikat pemasaran B, sah-sah untung pun lebih kecil.

Syarikat pemasaran B yang ditubuhkan oleh pengilang A tu pula untung dah jadi tinggi . Tapi dia boleh kurangkan cukai dengan tinggikan belanja. Itu kalau dia buat 1 syarikat pemasaran. Kalau 10? Akhirnya tauke kilang A juga yang untung besar.

2. Kaedah-Kaedah Klasik (illegal)

Kaedah klasik yang masih diamalkan adalah seperti :

  • Palsukan perbelanjaan (Contoh : tuntut kos renovasi ofis, walhal itu resit-resit kerja renovasi rumah pengarah)
  • Palsukan pembelian (Contoh : reka invois pembelian palsu)
  • Beli aset atas nama syarikat (sebenarnya untuk kegunaan peribadi)

3. ‘Beli’ Barang/Stok Dari Luar Negara

Ini pun kategori memalsukan belian tetapi advance sikit. Konon syarikat beli barang dari luar negara tetapi itu pun syarikat dia jugak. Jenis ni memang confident pihak LHDN takkan check entiti luar negara.

4. Buat 2 Set Akaun

Cara ni agak agresif. Syarikat akan buat 1 set akaun yang betul dan 1 lagi set akaun yang ada unsur penipuan. Yang akan dilapor kepada pihak LHDN sudah tentu set akaun yang tak betul tadi. Di zaman yang serba moden ni kami tak terkejut kalau ada perisian perakaunan yang mampu buat benda ni secara automatik.

.

..

Ops, cukuplah buat masa ini, nanti kami tambah lagi.

Komen

komen





Source link