Artikel Terkini

Cegah Tikus Cara Organik Guna Semburan Air Kulit Jering


Tikus, antara haiwan perosak utama di dalam kediaman. Jika dibiarkan ia buakan sahaja merosakkan kediaman, malah mengundang ancaman kebersihan dan kesihatan. Cara paling mudah membasmi tikus di rumah adalah dengan menggunkan racun. Namun ia bukan shaja membuat anda terdedah kepada racun jika terkena malah akan menyebabkan rumah berbau busuk apabila tikus yang makan racun tadi mati. Inana Rai ada cara yang lebih organik tapi mujarab.

Cara yang biasa dibuat utk kawalan tikus adalah dengan racun perut , tikus akan mati bila termakan umpan beracun . Cara ini agak berkesan ttp berbahaya kpd kanak-kanak terutama jika dlm kawasan kediaman .Salah satu pilihan lain ialah kita boleh jauhkan tikus dengan menggunakan jering. Jering dipercayai mempunyai “hormon” yg tidak digemari oleh tikus.
Langkah-langkah menghasilkan air jering untuk menghalau tikus

Bahan:
jering yang cukup tua
air

Cara:
1. Kupas atau hancurkan atau tumbuk jering jering dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan air secukupnya
3. Rendam jering tadi selama beberapa hari.
4. Tapis dan ambil air rendaman jering tadi.
5.Spry di tempat yg dikehendaki.
6. Cebisan jering juga bolehlah ditaburkan ke dikeliling rumah.

Awas : air jering ini sangat busuk , sebab itu tidak digemari oleh tikus



Source link