Artikel Terkini

Ceriakan perbualan dengan pelekat “Senyum Sikit” sempena Ramadan dan Syawal


MESKIPUN kedatangan bulan Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan pandemik COVID-19, namun usah menjadikannya sebagai alasan untuk kita tidak sebarkan senyuman sepanjang bulan yang mulia ini.

Walaupun berjauhan, kita masih lagi boleh mendekatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan melalui perbualan di media sosial seperti Whatsapp dan Telegram.

Oleh itu jadikan perbualan anda bersama yang tersayang lebih rancak dan meriah dengan koleksi pelekat  Dik Non dan Pak Mail,”Senyum Sikit” keluaran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).

.

Jangan lupa untuk muat turun pelekat tersebut secara percuma di Goggle Play Store dan  Apple Apps Store.

Ayuh kita sama-sama kita sebarkan senyuman, supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sempena bulan yang mulia ini.





Source link