Artikel Terkini

Cerita Di Sebalik Pemilikan Saham Coca-Cola Oleh Warren Buffett


Chupp!!!…Coca Cola…Pasti generasi yang lahir tahun 1990-an kebawah mengingati iklan ini sering diputar di kaca televisyen pada awal tahun melenial dahulu.

Begitu hebat penangan pengiklanan Coca-Cola sehingga mampu memberi gambaran yang jelas didalam fikiran kita tentang minuman tersebut pada waktu itu.

Coca-Cola merupakan syarikat minuman yang paling besar didalam dunia dari segi market capitlization dan mempunyai jenama yang sangat kukuh berbanding dengan syarikat minuman yang lain.

Iklan Coca-Cola yang pernah menghiasi kaca televisyen satu ketika dahulu

Di antara pemegang saham terbesar Coca-Cola adalah Syarikat Berkshire Hathaway, yang mempunyai pegangan saham hampir 10% daripada jumlah saham dan merupakan pemegang terbesar saham syarikat tersebut.

Kisah Warren Buffett Dengan Coca-Cola

Sejak kecil lagi ketika berusia 6 tahun, Warren Buffett telah menjual minuman Coca-Cola dari pintu rumah ke rumah dan memperolehi keuntungan walaupun tidak banyak.

Bagaimanakah Warren Buffett yang dari kecil menjual minuman Coca-Cola ini akhirnya menjadi pemegang saham yang terbesar di dalam syarikat tersebut? Kisahnya begitu aneh dan sukar untuk diterima tetapi itulah kenyataan.

Warren Buffett sebenarnya merupakan peminat tegar minuman Pepsi hampir 50 tahun, sebelum memiliki saham Coca-Cola. Hal ini sendiri diakui oleh anak pertamanya Howard yang menggelar bapanya “Pepsi Warren”.

Kisahnya bermula dengan jiran Warren Buffett yang bernama Don Keough, yang merupakan Presiden Coca-Cola pada tahun 1980-an. Pada tahun 1985, beliau dapat tahu bahawa Warren Buffett amat menggemari minuman Pepsi Cherry melalui sebuah majalah tempatan.

Pada masa itu, Coca-Cola mengalami persaingan yang sangat sengit dengan Pepsi. Cabaran Pepsi Challenge telah memberi kesan kepada penguasaan Coca-Cola sehingga memaksa syarikat tersebut membuat minuman baru yang diberi nama New Coke untuk bersaing semula.

Don Keough telah menghantar sampel minuman Coca-Cola Cherry kepada Warren Buffett yang pada ketika itu, minuman tersebut masih lagi di dalam peringkat kajian. Beliau terkejut dengan penerimaan Warren Buffett terhadap minuman tersebut dan terus menyukainya.

Don Keough merupakan jiran lama Warren Buffett dan pernah tinggal di Omaha pada tahun 1960-an. Warren Buffett pernah menawarkan kepadanya untuk membuat pelaburan, namun pada ketika itu Don Keough berasa ragu-ragu terhadap Warren Buffett.

Ini kerana Don melihat Warren Buffett tidak bekerja dan hanya menghabiskan masanya dengan bermain dengan anak-anaknya, sedangkan dirinya adalah seorang lelaki yang bekerja keras seperti kebanyakan ketua keluarga yang lain.

Warren Buffett yang menyukai Coca-Cola Cherry dan beliau mengambil peluang untuk membeli saham Coca-Cola ketika krisis ekonomi Amerika Syarikat pada tahun 1987, yang dikenali sebagai Black Monday.

Pada ketika itu, Wall Street telah mengalami satu krisis yang mana indeks Dow Jones telah mengalami penurunan sebanyak 20%. Pada ketika itu, krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan kebanyakan saham syarikat telah jatuh teruk.

Krisis ini berlaku dipercayai kesilapan teknikal yang melibatkan sistem komputer ketika melakukan trading saham di luar kawalan.

Gabungan mantap pengurusan Don Keough dan Roberto Goizueta memberi keyakinn yang tinggi untuk Warren Buffett memiliki saham Coca-Cola

Warren Buffett yang pada ketika itu percaya Coca-Cola mampu untuk berkembang dengan lebih baik di bawah pengurusan Roberto Goizueta yang menjadi CEO syarikat tersebut, di mana Roberto mempunyai pengetahuan yang luas di dalam pemasaran.

Warren Buffett telah membeli saham Coca-Cola yang berjumlah 23.85 juta unit saham, yang pada masa itu bernilai $1.8 bilion. Beliau berjaya membeli sebahagian Coca-Cola pada harga diskaun dan bertepatan dengan prinsip pelaburan yang diamalkan olehnya iaitu Value Investing.

Dengan jumlah yang dimiliki oleh Syarikat Berkshire Hathaway pada ketika itu, Syarikat Coca-Cola merupakan di antara portfolio pegangan terbesar untuk Berkshire Hathaway.

Kini, Coca-Cola telah memberi pulangan yang sangat lumayan kepada Berkshire Hathaway. Sejak tahun 1988, saham Coca-Cola telah meningkat sebanyak 1,750% dan telah memberi pendapatan sebanyak $7 bilion daripada segi dividen.

Warren Buffett sehingga kini masih lagi tidak  menjual walaupun seunit saham Coca-Cola, kerana syarikat itu masih lagi memberi pulangan yang memberangsangkan walaupun bersaing secara sengit dengan syarikat minuman yang lain terutamanya Pepsi.

Sumber Rujukan:



Source link