Artikel Terkini

CGS-CIMB saran tambah saham Astro, EPL dijangka kekal hubungan dengan Astro

51561521886 Astro - CGS-CIMB saran tambah saham Astro, EPL dijangka kekal hubungan dengan Astro



61561521895 Astro - CGS-CIMB saran tambah saham Astro, EPL dijangka kekal hubungan dengan Astro

KUALA LUMPUR: Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka tidak akan mensia-siakan hubungan sedia ada dengan Astro Malaysia Holdings Berhad berkenaan pelan untuk menyiarkan perlawanan secara langsung kepada peminat.

Menurut laporan kajian “Much Ado About Premflix” terbitan CGS-CIMB Securities, ini terutama selepas aktiviti cetak rompak kandungan yang melemahkan pertumbuhan pasaran penstriman di Malaysia.

Tambah CGS-CIMB Securities dalam kenyataan pada Rabu, pengurusan EPL turut mengakui ia kurang arif tentang pasaran tempatan berbanding rakan penyiar seperti Astro.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif EPL, Bill Bush menjelaskan ia masih lagi menggemari perjanjian penyiaran berbanding dengan model penstriman terus kepada pengguna.

Menurut penulis, Kamarul Anwar dan Mohd Shahnaz Noor Azam, yang menggunakan analisis dalaman, pada 2019, hanya dua peratus daripada warga Malaysia yang membayar untuk perkhidmatan langganan video-on-demand (SVOD).

Ini biarpun dengan dengan 24 perkhidmatan SVOD yang wujud dalam pasaran.

CGS-CIMB Securities mengekalkan saranan ‘tambah’ ke atas saham Astro Malaysia Holdings Berhad dan menggesa pelabur supaya tidak mempedulikan ‘suasana’ (noise)  berkenaan penstriman. 

Ia turut percaya, syarikat media besar akan terus bekerjasama dengan Astro.

Ini terutama ketika Astro meningkatkan perbincangan dengan syarikat media global yang ingin memasuki pasaran Malaysia.

Tambahnya, pemain SVOD sedia ada mungkin tidak akan mempunyai banyak IP pada masa akan datang dan kandungan popular ini akan dimiliki Astro.

Ini tambahnya, dijangka mampu menarik dua peratus warga Malaysia yang membayar SVOD untuk melanggan Astro.

Namun, CGS-CIMB Securities percaya, jika EPL meneruskan pelan tersebut, ia akan masih lagi memerlukan pengalaman dan kerjasama Astro untuk mengemudi pasaran media Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif EPL, Richard Masters pada awal Februari, melaporkan pelan untuk memasuki pasaran penyiaran terus kepada pelanggan menerusi apa yang digelar peminat sebagai ‘Premflix’.

Namun, tiada perincian atau tarikh diberikan untuk pelaksanaan pelan berkenaan.





Source link

Related Posts