Uncategorized

China kenakan tarif ke atas produk Amerika bernilai AS$75 bilion



CHINA akan mengenakan tarif ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$75 bilion.

Tarif berkenaan, dari 5-10 peratus akan dikenakan ke atas produk termasuk kenderaan dari AS dan akan berkuat kuasa dalam dua peringkat; 1 September dan 15 Disember.

Ia adalah sama dengan tarikh penguatkuasaan tarif yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump sebanyak 10 peratus ke atas produk dari China bernilai AS$300 bilion.

Tarif yang diumumkan Presiden Trump tersebut pada awal Ogos akan dikenakan ke atas baki produk dari China termasuk produk barangan pengguna.

Pada 15 Ogos lepas, Trump mengumumkan penangguhan ke atas pelaksanaan tarif tersebut yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 September untuk memastikan pengguna di AS tidak terkesan ketika musim beli-belah Thanksgiving dan Krismas.

Menurut laporan Bloomberg dan CNBC yang memetik Kementerian Perdagangan China, Beijing tiada pilihan dan terpaksa mengambil tindakan balas ke atas apa yang dikenakan Trump ke atas import dari China.

Pengumuman tersebut dibuat sekitar sejam sebelum pasaran saham AS dibuka untuk dagangan pagi hari Jumaat.

Susulan daripada pengumuman berkenaan, CNBC melaporkan dagangan pra-pembukaan di pasaran saham AS menyaksikan kejatuhan.

Sementara itu dalam masa yang sama, pasaran saham di AS turut menunggu ucapan Pengerusi Simpanan Persekutuan AS, Jerome Powell di Jackson Hole pada jam 10 pagi waktu tempatan.

Ucapan ini dijangka akan memberikan bayangan keadaan ekonomi AS dan sama ada akan wujud pengurangan kadar faedah pada masa akan datang.





Source link

Related Posts