Uncategorized

CNOOC Dorong Pembangunan Industri LNG China Di LNG2019

CNOOC Dorong Pembangunan Industri LNG China Di LNG2019 1


BEIJING, 15 April 2019 /PRNewswire/ — China National Offshore Oil Corporation (CNOOC), pengeluar minyak dan gas luar pesisir yang terbesar di negara ini, proaktif dalam memudahkan inovasi model teknologi, pengurusan dan perniagaan, lalu terus menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan industri-industri LNG.

CNOOC komited untuk menyediakan tenaga bersih yang stabil serta andal dan syarikat telahpun membentuk dua model bekalan gas asli, menurut Yang Hua, presiden CNOOC, pada 2 April dalam upacara perasmian Persidangan & Pameran Antarabangsa tentang Gas Asli Cecair (LNG2019) ke-19 yang diadakan di Shanghai.

Yang menyatakan bahawa gas asli semakin menjadi tulang belakang bagi peralihan tenaga global manakala LNG beransur-ansur menjadi bentuk bekalan gas asli yang paling aktif.

Di China, LNG muncul sebagai sumber penting gas asli, dan khususnya, sumber utama semasa waktu puncak di kawasan pantai, menjadikannya semakin penting dalam sistem bekalan gas asli China, kata Yang, dan menambah bahawa selaku pengimport LNG kedua terbesar di dunia, China telah membina 21 terminal LNG di seluruh negara, dengan kapasiti penerimaan tahunan mencecah 80 juta tan metrik (tan) dan mengimport lebih 230 juta tan LNG, yang membuat sumbangan luar biasa kepada kemakmuran industri LNG dunia.

Beliau turut menyebut bahawa CNOOC setakat ini mempunyai 10 terminal LNG yang beroperasi dengan kapasiti penerimaan tahunan mencecah 45.2 juta tan metrik dan sementara itu, syarikat mendorong dengan agresif peluasan terminal LNG sedia ada dan susun atur projek-projek baharu.

Dengan tindakan yang lebih berdaya usaha, bersikap terbuka dan langkah-langkah yang mantap, CNOOC akan berganding bahu dengan rakan sejawat domestik dan luar negara untuk mengukuhkan kerjasama segenap aspek mereka dalam seluruh rantaian perindustrian, ke arah masa depan yang lebih cerah untuk industri LNG global.

Li Hui, naib pengurus besar CNOOC, turut menghadiri upacara perasmian dan menyampaikan ucapan di forum tema pada 3 April.

LNG2019 selama empat hari itu, di bawah tema “LNG untuk masa depan tenaga mampan”, menumpu pada cabaran industri dalam menyahut peningkatan permintaan untuk sumber tenaga yang andal dan bersih.

Digelar sebagai “Olimpik bagi industri LNG”, Persidangan & Pameran Antarabangsa tentang Gas Asli Cecair bermula pada tahun 1968 dan diadakan setiap tiga tahun.

Sumber: CNOOC

CNOOC Dorong Pembangunan Industri LNG China Di LNG2019 2

Komen

komen





Source link