Uncategorized

Colony Perkenalkan Ruang Pejabat Ulung Dengan Konsep ‘Bespoke Luxury’ Di Star Boulevard, Kuala Lumpur

Colony Perkenalkan Ruang Pejabat Ulung Dengan Konsep 'Bespoke Luxury' Di Star Boulevard, Kuala Lumpur 1


Colony meraikan pembukaan rangkaian kelima yang ulungnya di Colony @ Star Boulevard KLCC di Jalan Yap Kwan Seng. Ruang kerja bersama menakjubkan dengan keluasan 35 ribu kaki persegi ini juga disertakan dengan ballroom mewah dan taman rooftop yang subur, melambangkan kemegahan dan komitmen pihak pengurusan dalam menjamin pengalaman kerja bersama di Colonya dalah yang terbaik boleh anda dapati.

Colony Perkenalkan Ruang Pejabat Ulung Dengan Konsep 'Bespoke Luxury' Di Star Boulevard, Kuala Lumpur 2

Sejak pelancaran ruang pertamanya pada 2017, Colony sememangnya amat komited dalam menyediakan ruang kerja kelas pertama yang elegan dan memenuhi keperluan pelanggan.

Ruang bekerja baharu tersebut yang bernilai USD1.5 telah menawarkan sesuatu yang luar dari norma kebanyakan ruang kerja bersama yang lain.Memulakan debutnya sebagai destinasi untuk majlis keramaian di kawasan rooftop indah, dipenuhi kehijauan bersama pengalaman makan bak restoran 5 bintang.

Colony Perkenalkan Ruang Pejabat Ulung Dengan Konsep 'Bespoke Luxury' Di Star Boulevard, Kuala Lumpur 3

Merangkumi 2 tingkat, Colony @ Star Boulevard KLCC merupakan gabungan kreatif rekabentuk modern urban loft dengan gaya eklektik bohemian dilihat melalui mata pemenang anugerah pereka dalaman mewah yang berpangkal di London, Hoe & Yin Design Studio.

Selain ruang kerja bersama, Colony juga berjaya membezakan dirinya sebagai destinasi yang lengka, merangkumi ruang acara yang unik. Berikutan kejayaan lokasi sebelum ini, ruang unggul ini muncul buat pertama kali dengan ruang acara eksklusif di Kuala Lumpur dengan hampir 10,000 kaki persegi ruang majlis yang terbentang luas di seluruh bilik tarian dan 2 taman atas bumbung. Dewan canggih merangkumi lebih daripada 4,000 kaki persegi dengan reka bentuk siling yang tinggi dan candelier mewah amat sesuai untuk acara-acara berprestij dan elegan.

Colony Perkenalkan Ruang Pejabat Ulung Dengan Konsep 'Bespoke Luxury' Di Star Boulevard, Kuala Lumpur 4



Source link