Uncategorized

Comscore Umum Pelancaran Berbilang Platform Metrix Video di Malaysia Ukur Audiens Video Merentas Telefon Pintar, Tablet dan Komputer Meja


RESTON, Virginia, 9 Julai 2019 /PRNewswire/ — Comscore, Inc. hari ini mengumumkan pelancaran Video Metrix® Multi-Platform di Malaysia. Pelancaran ini akan menyediakan langkah tunggal yang tidak boleh ditiru untuk penggunaan video digital pada telefon pintar, tablet dan peranti komputer meja untuk memberikan pelanggan pemahaman mendalam tentang bagaimana, bila dan di mana kandungan video digunakan.

Menerusi pelancaran ini, Comscore menawarkan pelaporan video mudah alih yang dipertingkat untuk YouTube dan Saluran Rakan Kongsinya, yang bermanfaat untuk kedua-dua pengiklan yang ingin mencapai audiens tertentu dan untuk penerbit kandungan yang telah mengumpul pengikut yang setia.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyediakan data yang tepat dan beradaptasi dengan majoriti berbilang platform yang semakin berkembang di Malaysia, kami teruja untuk mengumumkan pelancaran Video Metrix Multi-Platform. Kami berharap dapat menyediakan data komprehensif yang diperlukan oleh pengiklan, penerbit dan agensi untuk mendorong keputusan perniagaan yang lebih pintar,” kata Kedar Gavane, naib presiden kanan, Asia Pasifik di Comscore. “Pengenalan kepada Video Metrix Multi-Platform menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pengukuran rentas platform.”

Pengenalan kepada Video Metrix Multi-Platform, produk pengukuran video digital Comscore kini membolehkan pelanggan untuk:

  • Mengukur tontotan keseluruhan, tambahan dan tidak diduplikasikan merentas telefon pintar, tablet dan komputer meja
  • Mendapatkan pandangan holistik tentang tontonan audiens untuk kandungan video yang dimiliki dan kompetitif
  • Memahami bagaimana penglibatan berbeza merentas platform untuk menjana keuntungan dan merancang dengan lebih cekap

“Kandungan tidak lagi hanya dilihat pada satu skrin sahaja; pengguna menonton video kegemaran mereka merentas pelbagai peranti dan platform. Dengan pengguna yang menonton melalui bilangan skrin yang semakin bertambah, penting untuk pengiklan memahami bagaimana dan di mana audiens mereka membuat pilihan,” kata Serm Teck Choon, presiden Persatuan Digital Malaysia (MDA). “Video Metrix Multi-Platform Comscore akan membolehkan pengiklan tempatan menjawab soalan-soalan ini dan banyak lagi dengan memberikan pemahaman yang komprehensif tentang pengguna Malaysia.”

Video Metrix Multi-Platform bergantung pada rangka kerja Pengukuran Digital Seragam (UDM) Comscore, pendekatan pengukuran hibrid yang menggunakan panel berserta pengukuran langsung daripada penerbitan video melalui penandaan. Penerbit kandungan video yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pengukuran video digital berbilang platform dapat memastikan liputan menyeluruh tingkah laku tontonan mereka dengan melaksanakan tag Comscore dan menggunakan SDK mudah alih Comscore. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penandaan, sila hubungi wakil akaun Comscore anda. Untuk maklumat lanjut tentang Video Metrix Multi-Platform Comscore, sila kunjungi: www.comscore.com/VideoMetrixMP atau hubungi kami.

Latar Belakang Comscore

Comscore (NASDAQ: SCOR) ialah rakan kongsi yang dipercayai untuk merancang, mengurus niaga dan menilai media di seluruh platform. Dengan jejak data yang menggabungkan digital, TV linear, perisikan tontonan atas kaunter dan teater dengan pandangan khalayak yang maju, Comscore membolehkan pembeli dan penjual media mengkuantifikasi tingkah laku berbilang skrin mereka dan membuat keputusan perniagaan dengan yakin. Pemimpin yang terbukti dalam mengukur audiens digital dan TV serta pengiklanan secara meluas, Comscore merupakan sumber pihak ketiga baru muncul dalam industri untuk pengukuran rentas platform yang andal dan komprehensif. Ketahui lebih lanjut tentang Comscore di sini.

Catatan Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang Ke Hadapan  
Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jangkaan berhubung kesan dan manfaat kepada Comscore daripada rangkaian produk MMX, kewangan atau sebaliknya. Kenyataan-kenyataan ini melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: ciri-ciri dan sifat-sifat produk, kadar pembangunan perisikan pemasaran digital, pasaran pengiklanan Internet dan e-Dagang; pertumbuhan Internet sebagai medium untuk perdagangan, kandungan, pengiklanan dan komunikasi; serta penerimaan produk dan kaedah baharu oleh industri, termasuk pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

Untuk perbincangan terperinci tentang hal ini dan faktor-faktor risiko lain, sila rujuk Laporan Suku Tahunan masing-masing yang paling terkini daripada Comscore pada Borang 10-Q, Laporan Tahunan pada Borang 10-K dan pemfailan lain dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) yang disediakan di laman sesawang SEC (http://www.sec.gov).

Pemegang-pemegang saham Comscore diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar kepada kenyataan pandang ke hadapan, yang hanya terpakai setakat tarikh kenyataan dibuat. Comscore tidak menanggung apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka mana-mana kenyataan pandang ke hadapan bagi menggambarkan peristiwa, keadaan atau maklumat baharu selepas tarikh siaran media ini, atau untuk menggambarkan berlakunya peristiwa yang tidak dijangkakan.

Sumber: Comscore

Saham Berkaitan: NASDAQ:SCOR

Komen

komen





Source link