Artikel Terkini

Core Residence di TRX dijual bermula RM1.3 juta seunit


KUALA LUMPUR: Projek kediaman pertama di Tun Razak Exchange (TRX), Core Residence kini dijual antara harga RM1.3 juta hingga RM2.2 juta bagi unit keluasan antara 624 hingga 1,022 kaki persegi.

Projek Core Precious Development Sdn Bhd tersebut menampilkan tiga blok dan menawarkan 700 unit kediaman.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Core Precious Development Sdn Bhd, Zhang Bao berkata harga jualan bagi unit kediaman tersebut bermula dari RM2,200 untuk setiap kaki persegi.

Kata Zhang lagi, Core Residence ialah hartanah pegangan bebas mewah yang dibangunkan di tanah seluas 0.66 hektar di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, yang dijangkakan siap pada lewat 2023.

Kediaman berkenaan menampilkan unit-unit hartanah pencahayaan dan pengudaraan semula jadi, berlatarbelakangkan pemandangan ikonik bandar raya Kuala Lumpur, dilengkapi kemudahan terbaik dalam menyediakan gaya hidup berkualiti lima bintang, tanpa meninggalkan keselesaan rumah.

“Core Residence terbuka kepada pembeli antarabangsa seperti Asia Tenggara, Malaysia, Jepun, Singapura, Belanda dan juga pelanggan yang datang hari ini.

“Ini merupakan projek pertama kami di Malaysia. Kami mempunyai beberapa projek lain di Malaysia. Kami juga ada projek di Los Angeles, Indonesia, beberapa tempat di Afrika dan juga Sri Lanka,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Core Residence di Menara Khuan Choo pada Isnin.

 Core Residence menampilkan unit-unit hartanah pencahayaan dan pengudaraan semula jadi, berlatarbelakangkan pemandangan ikonik bandar raya Kuala Lumpur, dilengkapi kemudahan terbaik dalam menyedi akan gaya hidup berkualiti lima bintang, tanpa meninggalkan keselesaan rumah.

Untuk rekod, Core Precious Development Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama (JV) antara China Communications and Constructions Group (CCCG) dan WCT Holdings Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Hartanah Luar Negara CCCG, Sui Zhenhai berkata CCCG memilih untuk melabur di Malaysia kerana mempunyai keadaan politik yang stabil dengan prospek ekonomi yang baik.

“Malaysia merupakan negara yang penting sebagai sebahagian daripada “Inisiatif Jalur & Jalan” oleh kerajaan China. Malah, CCCG sudah bertapak di Malaysia sejak awal lagi.

“Malaysia kini merupakan negara yang mempunyai paling banyak cawangan CCCG dan ini menunjukkan ia negara yang penting dan strategik bagi CCCG dan CCCG Hartanah Luar Negara,” kata Sui.

CCCG memiliki 80 peratus kepentingan dalam CORE Precious dan merupakan kontraktor antarabangsa Asia terbesar serta menduduki tempat pertama syarikat yang disenaraikan di Asia untuk 10 tahun berturut-turut.

CCCG kini tersenarai dalam Fortune Global 500 selama 12 tahun dan mencapai kedudukan ke-93 pada tahun ini.





Source link