Artikel Terkini

COVID-19: AIA tawar pengecualian pembayaran caruman selama 3 bulan



KUALA LUMPUR: AIA Bhd menawarkan pengecualian pembayaran premium atau caruman untuk tiga bulan pertama bagi pelanggan A-Life ProtectTerm atau A-Life Kasih Famili pada Mei.

Tawaran tersebut diberikan bagi membantu mengurangkan impak disebabkan penularan pandemik COVID-19 selain memastikan pengguna mempunyai perlindungan yang sewajarnya ketika tempoh kritikal ini, lapor portal BH.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Heng Zee Wang, selain pengecualian caruman, AIA juga menawarkan pengguna untuk menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September.

Katanya, pelanggan AIA turut boleh mendapatkan nasihat perubatan COVID-19 tanpa sebarang kos tambahan sehingga 30 Jun.

“Tawaran kedua adalah perlindungan kematian tambahan sebanyak 50 peratus akibat COVID-19 secara percuma.

“Jika orang yang diinsuranskan atau dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50 peratus daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris,” katanya.

Jika orang yang diinsuranskan atau dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50 peratus daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris.

Jumlah maksimum yang dibayar adalah RM100,000 atau RM250,000 setiap seorang, tertakluk kepada pelan yang diambil.

Sementara itu, tawaran ketiga adalah lanjutan tempoh perlindungan tambahan percuma COVID-19.

Zee Wang juga berkata, ketika berhadapan dengan COVID-19, lebih ramai pengguna mula membuat pembelian yang menitikberatkan aspek kesihatan serta komitmen kewangan jangka panjang berikutan peningkatan tahap kebimbangan serta ketidaktentuan ekonomi.





Source link

Related Posts