Artikel Terkini

COVID-19: BNM umum penangguhan bayaran pinjaman sehingga enam bulan



KUALA LUMPUR: Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.

Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.

Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan.

Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun.

Bagi hutang kad kredit yang tertunggak, hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual.

Usaha ini adalah untuk memastikan peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa dan akan berkuatkuasa bermula 1 April.

BACA: COVID-19: GLC sumbang RM60 juta kepada Kementerian Kesihatan

BACA: Kementerian Kewangan, kerajaan jangan kedekut dalam menangani krisis COVID-19

Menurut BNM, maklumat penuh akan disampaikan bank masing masing.

Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.

Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.





Source link

Related Posts