Artikel Terkini

COVID-19: Hotel di Langkawi tawar diskaun penginapan sehingga 70 peratus



LANGKAWI: Susulan penularan wabak COVID-19, Persatuan Hotel Malaysia kini memberi tumpuan penuh kepada pelancong domestik bagi menggalakkan lagi industri pelacongan di Langkawi.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis Razmi Rahmat memaklumkan, antara tawaran yang diberikan termasuk diskaun sehingga 70 peratus bagi hotel tiga bintang dan ke atas.

Jelasnya tawaran itu melibatkan keseluruhan 45 hotel di Langkawi, yang berada di bawah naungan persatuannya.

Inisiatif yang bermula sejak awal Februari, akan diteruskan sehingga industri pelancongan di pulau itu kembali normal.

“Saya minta orang ramai tengok semak dekat atas talian sekarang ni kita ada tawaran-tawaran menarik bermula daripada RM150 ke RM200, tak lebih dari RM250.

“Bermula dari RM150, kalau anda nak dapat hotel yang tiga bintang harga RM150 ni masa dulu, jarang sekali. Sekarang ni ada tawaran tawaran istimewa,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media pada Ahad.

Tambahnya, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi meminta penangguhan bayaran balik pinjaman pihak penggiat industri, terutama yang terkesan dengan isu kesihatan global, COVID-19.





Source link

Related Posts