Artikel Terkini

COVID-19: Malaysia dijangka tidak alami hiperinflasi, tetapi… – Firas Raad



KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka tidak akan mengalami situasi hiperinflasi walaupun berdepan dengan tempias wabak COVID-19.

Pengarah Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Firas Raad menjangkakan senario tersebut tidak akan berlaku kerana kadar inflasi kekal rendah pada tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, Firas berkata perinciannya akan dibentangkan menerusi Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia Bank Dunia pada 25 Jun ini.

“Saya tidak menjangkakan berlakunya hiperinflasi.

“Kami akan dapat melihat perinciannya dalam laporan tersebut dalam dua atau tiga minggu akan datang.

“Bagaimanapun, kami tidak menjangka berlakunya hiperinflasi kerana kadar inflasi negara ini kekal rendah pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya pada program The Nation ‘Economic Recovery Plan (The World Bank Perspective)’ terbitan Bernama TV pada Isnin.

Dalam perkembangan yang sama, katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara diunjurkan akan menguncup susulan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

“Kami bakal menyaksikan penguncupan ekonomi yang besar disebabkan kehilangan pekerjaan dan ia sesuatu yang dijangkakan memandangkan impak yang terpaksa ditanggung Malaysia.

“Di rantau ini, kami melihat beberapa negara seperti Thailand, Filipina dan Vietnam yang mengalami impak yang serupa.

“Kami melihat negara-negara di rantau ini yang menderita akibat pandemik ini,” katanya lagi.





Source link

Related Posts