Artikel Terkini

COVID-19: Syarikat dibawah Persatuan PKS Malaysia tidak akan buang pekerja – Jalilah



51588058011 datukjalilahbaba - COVID-19: Syarikat dibawah Persatuan PKS Malaysia tidak akan buang pekerja - Jalilah

KUALA LUMPUR: Semua pekerja dibawah Persatuan PKS Malaysia (PKS) akan dikekalkan meskipun berdepan dengan kekangan kewangan berikutan pandemik COVID-19.

Penasihat dan Anggota Majlis Kehormat Persatuan PKS Malaysia, Datuk Jalilah Baba berkata, ini kerana, semua syarikat berkenaan komited memperkenalkan program penangguhan bayaran sebahagian daripada gaji kakitangan dalam tempoh sehingga tiga bulan untuk membolehkan operasi syarikat dapat diteruskan.

Katanya, bagaimanapun jumlah penangguhan bayaran gaji itu akan dibayar balik dengan tambahan kadar faedah tertentu selepas keadaan ekonomi negara pulih sepenuhnya.

“Kita telah merangka beberapa langkah atau program untuk menyelamatkan semua pekerja daripada berdepan tindakan dibuang berikutan ketidaktentuan ekonomi dan keupayaan pengoperasian syarikat sepanjang tempoh ini.

“Setakat ini tidak ada satu ahli dalam PKS bertindak membuang pekerja. Sebaliknya kita telah laksanakan satu program dengan melakukan pemotongan sebahagian daripada gaji kakitangan sehingga 25 peratus berdasarkan tangga gaji dalam tempoh tiga bulan supaya syarikat ada aliran tunai yang baik.

“Namun, jumlah potongan itu akan dibayar balik dengan pulangan kaedah faedah sebanyak beberapa peratus berdasarkan persetujuan antara majikan dan pekerja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Dalam pada itu, Jalilah berkata, kaedah itu juga mendapat sokongan majoriti pekerja selain membantu menyelamatkan mereka daripada berdepan kehilangan pekerjaan.

“Majoriti pekerja memang suka dengan tawaran ini sebab mereka akan mendapat pulangan yang lebih berbanding jumlah penangguhan bayaran gaji asal.

“Kaedah ini dilihat satu cara untuk kita tidak buang pekerja dan setakat ini kami tidak menerima sebarang bantahan atau pekerja yang tidak suka dengan program yang ditawarkan ini,” jelasnya lagi.





Source link

Related Posts