Uncategorized

Cyberjaya : Malaysia Silicon Valley

Cyberjaya : Malaysia Silicon Valley 1


Apa yang terlintas dalam kepala korang bila sebut tentang Cyberjaya? Masa kecik dulu, Tok selalu terbayang kereta terbang bila orang sebut Cyberjaya ni hmmm.

Memandangkan Tok dah agak lama tak buat artikel analisa kawasan, nah harini Tok nak belanja analisa kawasan dari Bro Michael pasal kawasan Cyberjaya.

GH Masterclass

——————————————————————————————————————————————————————————–

Cyberjaya merupakan projek yang menjadi sebahagian dari Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor.

Secara kasarnya, Cyberjaya berada kira-kira 50Km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya yang merupakan bandar pusat pentadbiran persekutuan.

Kenapa digelar Silicon Valley?

Sebab konsep pembangunannya diilhamkan daripada projek pemodenan teknologi komunikasi dan media di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

Upacara perasmian telah diadakan pada Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, (yang juga PM kita sekarang ni) iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad.

 

Demografi

 

Secara demografinya, Cyberjaya adalah sebuah kawasan yang mempunyai populasi kira-kira 102,000 penduduk dan dijangka meningkat kepada 210,000 menjelang 2020.

Pada tahun 2015 sahaja, jumlah penduduknya adalah sekitar 88,300.

Rata-rata penduduknya bekerja di sekitar Cyberjaya, Puchong, Bangi, dan kawasan yang berhampiran dengannya.

 

Kawasan perumahan

 

Perkembangan pembangunan untuk kediaman dan hartanah di Cyberjaya juga semakin galak dengan terbinanya Shaftsbury Square, D’Pulze, Serin Residency, Cybersquare, Crystal, The Place, Pangea, Arc, D’Melor, Domain, rumah pintar Cyberia.

Perumahan landed pula seperti Sejati Residences, Symphony Hills, Garden Residence, Summer Glades, Mirage by the Lake, Setia Eco Glades.

 

Lebuh raya sekitar:

 

Lebuhraya KL-Putrajaya (Lebuh Raya MEX)

Lebuh raya Elite

SKVE

 

Pemandu mempunyai laluan alternatif bebas tol dengan lanjutan jalan Laluan Negeri Selangor B15 yang melalui Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi.

 

MRT

Terdapat dua stesen stop line MRT 2 dan satu lagi perkembangan bernilai RM15 bilion dalam lima tahun akan datang di Pusat Bandaraya Cyberjaya.

 

Syarikat-syarikat

Beberapa syarikat yang layak untuk insentif MSC telah memindahkan operasi mereka ke Cyberjaya. Antaranya ialah T-sistem, Dell, HP, DHL, Satyam, Wipro, HSBC, Ericsson, Motorola, OCBC, BMW, IBM, Shell IT dan lain-lain. Pada masa ini, lebih daripada 500 syarikat Status MSC telah menubuhkan operasi mereka di sini, menjadikan kawasan perbandaran itu berkembang pesat.

 

Fasiliti

 

Sekolah

 

elc International School

The children’s house Cyberjaya

Centre of Distance Education

Taska Little Pearls Cyberjaya / Little Pearls Nursery Cyberjaya and Little Pearls Child Care Center

Seri Puteri School

SJK(C) Union, Cyberjaya

King Henry VIII College

SMK Cyberjaya School

Abedeen Academy

COMELKU Kindergarten and Daycare Center

Korean School of Malaysia

Mutiara Aman School Cyberjaya

Brainy Bunch Cyberjaya

SK Cyberjaya

Ceria Kids Preschool Cyberjaya

R.E.A.L Kids Cyberjaya

KinderKaizen Cyberjaya

SMK Cyberjaya 1

 

Kolej dan Universiti

 

Multimedia University

Limkokwing University of Creative Technology

Cyberjaya University College of Medical Sciences

Kirkby International College

Universiti Islam Malaysia

 

 

Pusat beli-belah

 

DPULZE Shopping Centre

Gem In Mall Cyberjaya

Centrus Mall

Tamarind Square

The Street Mall 2 Cyberjaya

Third Avenue Cyberjaya

Shaftsbury Square

SkyPark

 

Stesyen Minyak :

Shell

Petronas

 

Bank:

Hong Leong Bank Cyberjaya

Bank Islam Cyberjaya

HSBC Amanah

CIMB Bank Cyberjaya

Bank Rakyat @ Cyberjaya

Affin Bank Berhad

Maybank

 

Macam mana dengan tempat riadah terutamanya untuk mereka yang berkeluarga?

Kat Cyberjaya ni, ada satu port riadah sempoi iaitu Cyberjaya Lake Gardens.

 

Pembangunan masa depan di Cyberjaya:

 

  1. Asia Big Data Centre – Cyberview dan China’s Guangzhou Winhong IT Corp
  2. Creation of Regional Fintech Hub – Cyberview dan China’s Beijing Fullrich IT Co Ltd
  3. Futurise Centre – kolaborasi di antara Cyberview dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) + Multimedia University, United Nations Technology Innovation Lab, Microsft HoloLens and China’s Tsinghua University
  4. Cyberjaya City Centre Fasa I – convention centre and hotel
  5. Cyberjaya Hospital (awam)
  6. Cyberjaya Cashless Society – Bayar segala yang korang perlu hanya dengan telefon pintar. Cyberjaya – oBike Malaysia, Mastercard, PrimeKeeper, Billplz, LuxTag and Mobike.
  7. Cyberjaya Scholarship Program – Cyberview dan Limkokwing University of Creative Technology
  8. VADS Klang Valley Core Data Centre
  9. CBJ4Annex oleh NTT MSC Malaysia (expansion)
  10. Sensor Applications Innovation Centre (SONIC) oleh Ingeniworks Sdn Bhd
  11. 1GBps broadband oleh Setia Haruman Tech

 

Jadi kalau saya ada duit, ok ke tak nak beli rumah kat Cyberjaya ni?

 

Macam biasa, tiap kali diajukan soalan sebegini, Tok akan minta korang tanya dulu diri korang.

 

1- Tempat kerja jauh tak dari kawasan perumahan tu? Dah kira semua kos minyak dan tol bulanan? Kalau masih dalam bajet, ok.

 

2- Rumah tu untuk dijadikan pelaburan atau duduk sendiri? Kalau nak buat pelaburan, korang kena lah analisis betul-betul pasaran sewa di sana. Tengok ok ke tak nak invest kat sana.

 

Kesimpulannya, tak kisah lah mana kawasan sekalipun, kalau korang beli rumah dengan harga “yang betul’ bermakna korang dah beli “rumah yang betul”.

 

Mudah.



Source link