Artikel Terkini

Dah Bersedia Ke Nak Bersara?


“Semakin kita menghampiri harijadi kita, semakin tua dirasakan diri ini. Tarikh persaraan juga semakin dekat. Dah bersedia ke saya untuk bersara?”

Siapa pernah rasa seperti ini? Pernahkah anda terfikir pada umur berapakah anda akan bersara? Dan sudahkah anda bersedia untuk menempuhinya?

Kalau nak tahu, umur persaraan di negara kita adalah 60 tahun. Manakala purata jangka hayat rakyat Malaysia sekarang adalah 75 tahun, dengan lelaki dijangka hidup sehingga usia 73 tahun dan wanita dijangka hidup sehingga umur 78 tahun.

Sekiranya kita bersara pada umur 60 tahun, cukupkah dana persaraan kita untuk bertahan selama 15 tahun? Dengan mengekalkan gaya hidup kita tanpa perlu menjual rumah sedia ada dan tanpa perlu menjual kereta sedia ada.

Dah kira cukup atau tidak duit nak tampung bil-bil dan penjagaan kesihatan sekiranya kita mula sakit-sakit badan? Anak-anak pula dah besar ketika itu, cukup ke duit nak hantar mereka ke kolej atau universiti?

4 Fakta Yang Menakutkan

Mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak KWSP sendiri:

Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia memang tak bersedia untuk bersara. Kesudahannya, kita kena kerja lagi apabila sudah mencapai umur 60 tahun. Ketika badan kita dah tak larat, ketika kita sepatutnya lebih banyak berehat.

Itu belum dikira faktor inflasi lagi. Kalau 10 tahun yang lalu, sebungkus nasi lemak berharga RM0.50 dan secawan teh tarik berharga RM1.00, hari ini nak cari nasi lemak dengan harga RM1.00 pun susah. Harga teh tarik pun dah nak cecah RM2.00.

Rasanya lagi 10 tahun berapa pula harganya?

Baca juga Inflasi: Dua Faktor Berlakunya Peningkatan Harga Di Dalam Ekonomi.

Begitu jugalah halnya dengan simpanan yang kita ada hari ini. Ianya semakin menyusut nilai dari setahun ke setahun. Simpanan kita sebanyak RM100,000 hari ini akan hanya bernilai RM50,000 pada masa depan.

Sebab itulah pentingnya kita kena buat persiapan dari sekarang.

Kena mulakan simpanan dan pelaburan hari ini juga. Semua ini memerlukan ilmu dan rebut peluang untuk belajar daripada mereka yang berpengalaman agar kita tidak tersilap langkah.

Jom Sertai Blogger Kewangan Secara Online

Jom bersama-sama dengan saya dari Majalah Labur rakan-rakan blogger kewangan lain dari Mr.Money TV, SuYinInvest dan NoMoneyLah. Roshan Kanesan akan menjadi hos dan penyampai radio ini beserta ahli panel yang lain akan membincangkan topik berkenaan apakah perancangan persaraan yang baik.

Ayuh kita bersama-sama ketahui cara untuk mengurus perancangan persaraan dengan lebih baik dan bagaimana nak kembangkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mencapai sasaran persaraan. Bukan senang nak kumpulkan mereka semua di dalam satu acara, oleh itu jangan lepaskan peluang ini.

Webinar PERCUMA ini dianjurkan oleh Principal Asset Management, daftar sekarang sebelum ianya penuh.

Iklan


Iklan



Source link