Uncategorized

Damansara West – Berbaloi ke beli kondominium dekat sini?


Pasti ramai yang tertanya-tanya:

“Damansara West? Tak pernah dengar pun nama tempat ni.”

Damansara West terletak dalam lingkungan kawasan USJ dan juga Subang.

GH Masterclass

Sebab lokasi yang boleh tahan strategik, kebanyakan pemaju mengambil inisiatif untuk rebrand kawasan ini dengan nama Damansara West (kes ini lebih kurang sama seperti Mont Kiara).

Korang boleh sampai ke SS15, Taipan, atau Sunway Pyramid dalam masa 15 minit saja daripada sini. Serius tak jauh mana.

Sumber gambar – HELP University

Di sini adalah tempat bertapaknya HELP University yang terletak di Subang Bestari.

HELP University ditubuhkan pada tahun 1986, dan menjadi antara universiti swasta yang terkenal di negara ini. Mereka menawarkan program yang pelbagai, daripada jurusan psikologi, sehingga ke bisnes.

Pusat pendidikan ini telah merangkul pelbagai anugerah seperti Asia Pacific Leadership Award pada tahun 2012, dan juga Brand Laureate Award for Tertiary Education (Private) pada tahun 2011 sehingga 2012.

Dengan jumlah lebih 2,500 pelajar, bermakna terdapat pasaran sewa untuk pelajar di kawasan Damansara West ini. Sudah pasti pelajar di sini tidak mahu menyewa di kawasan yang jauh dengan tempat belajar mereka.

Bagi pelabur hartanah pula, ini adalah sebuah peluang yang tak patut dilepaskan.

Antara pilihan pusat pendidikan dan sekolah lain yang ada di sini seperti:

  • SK Subang Bestari 2,
  • SMK Subang Bestari,
  • SK Subang Bestari 1,
  • Japanese School of KL,
  • HELP University,
  • HELP International School, dan
  • MSU (Management and Science University).

Kawasan ini dijangka akan berkembang sebagai hub pendidikan, kesan daripada limpahan pusat pendidikan tinggi di bandar jiran di Subang Jaya dan Shah Alam.

Sumber gambar – klia2

Damansara West juga menawarkan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT3 (Bandar Utama – Klang) dan akses ke stesen MRT yang dekat.

Laluan sepanjang 37KM ini merangkumi 26 stesen, dengan 5 stesen bersepadu.

Stesen bersepadu ini akan menghubungkan penumpang dengan BRT Line, LRT Kelana Jaya, MRT Line 1, dan juga KTM Port Klang Line.

Projek LRT3 ini akan disambung semula pada separuh ke-2 tahun 2019, dan dijangka siap pada 2024 nanti.

Buat penduduk di Damansara West juga, korang juga ada akses mudah dan dekat ke MRT stesen Kwasa Damansara. Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016.

Korang boleh gunakan khidmat feeder bus untuk ke sini. Berikut dalam tempat dimana semua bas ini akan mengambil penumpang:

  • T801: Komersial Nuri 7A (Jalan Nuri 7),
  • T802: Subang Bestari dan Subang Suria,
  • T804: Subang Perdana dan Lapangan Terbang Subang.

Stesen ini mempunyai 500 tempat letak kereta dan 100 tempat letak motosikal. Jadi, sesuai untuk korang yang malas nak drive ke tempat kerja. Boleh parking di sini dan naik MRT ke tempat kerja.

Korang mempunyai sambungan ke Sungai Buloh, Bandar Utama, TTDI, Pusat Bandar Damansara, Tun Razak Exchange, dan landasan ini akan berakhir di stesen Kajang.

Senang untuk penduduk di sini nak berjalan, tanpa perlu start enjin kereta. Dan korang juga boleh jimatkan masa serta kos tol, minyak, dan mileage kereta. Tapi sementara nak tunggu projek LRT3 nak siap…

Sumber gambar – Selangorkini.my

… Korang boleh gunakan kemudahan lebuhraya yang tersedia. Ada 5 laluan lebuhraya untuk korang:

  • Federal Highway,
  • ELITE,
  • NKVE,
  • NPE, dan
  • KESAS.

Kalau korang bekerja dekat kawasan Seksyen 13 Shah Alam, masa perjalanan hanya mengambil masa kurang 20 minit (bergantung pada keadaan trafik pada masa itu).

Tak lama lagi, pembinaan lebuhraya DASH juga akan siap dan dijangka mula beroperasi pada Januari 2020. Korang akan ada akses mudah ke Kwasa Damansara dan Empire Damansara melalui lebuhraya ini.

Sumber gambar – airbnb.com

Ini antara faktor penting yang semua orang kaji sebelum beli rumah. Senang kalau berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Tok berani cakap, Damansara West terletak dekat dengan kemudahan ini.

Masa perjalanan yang korang perlukan, tak sampai pun 20 minit. Paling cepat, korang boleh sampai dalam masa 12 minit perjalanan.

Berikut adalah senarai hospital dan pusat perubatan yang dekat dengan Damansara West ini:

  • Ramsay Sime Darby Health Care, Ara Damansara – 10.6 KM,
  • SJMC (Subang Jaya Medical Centre) – 15.3 KM,
  • Sunway Medical Centre – 17.8 KM,
  • KPJ Selangor – 18.1 KM,
  • SALAM (Shah Alam Specialist Hospital) – 19 KM, dan
  • AVISENA Specialist Hospital (dikenali sebagai Darul Ehsan Medical Centre) – 17.9 KM.
Sumber gambar – Tourism Selangor

Kalau nak cerita pasal makanan, korang tak perlu risau kalau menetap dekat sini. Antara pilihan yang ada dekat sini seperti:

  • KFC Subang Skypark Terminal,
  • McDonalds U3 Shah Alam,
  • Family Mart Caltex Sungai Buloh, dan
  • Pizza Hut Bandar Pinggiran Subang.

Dekat sini, korang juga ada akses mudah ke pusat membeli-belah berikut:

  • Star Avenue Lifestyle Mall,
  • Mydin Subang Bestari,
  • Citta Mall,
  • Tesco Extra Ara Damansara,
  • Sunway Giza Mall.

Pada pandangan Tok, korang masih boleh dapat harga rumah yang lebih murah berbanding kawasan jiran seperti Damansara, Subang Jaya, dan juga Shah Alam di Subang.

Tambahan lagi, Subang juga berada di antara 2 kawasan yang sedang dibangunkan secara pesat – Kwasa Damansara, dan juga bandar Elmina.

Harga hartanah di kawasan tersebut adalah lebih tinggi berbanding di kawasan Damansara West. Bermakna, korang mempunyai pilihan untuk membeli hartanah pada harga yang lebih berpatutan di kawasan ini.

Antara faktor yang menjadikan hartanah di sini berbaloi dibeli adalah akses kepada pelbagai lebuhraya yang menghubungkan korang ke kawasan ‘hot’ dengan mudah seperti lebuhraya DASH, dan lain-lain.

Tok harap, perkongsian ini dapat bantu korang buat keputusan membeli yang lebih bijak.

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak DK Properties. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Tak cukup dengan itu, anda juga berpeluang memenangi 5 tiket percuma seminar Road To 3 Million (RT3M) bernilai RM291.

Rugi tak rebut peluang keemasan ini!

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG:



Source link