Uncategorized

Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September

Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September 1


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kali ini bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam merealisasikan hasrat dan harapan rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dalam membeli rumah pertama.

Sebenarnya program ini bukanlah program baharu. Sebaliknya, ia merupakan penambahbaikan daripada program sedia ada yang dilancarkan tahun lalu.

Akan tetapi, terdapat banyak perubahan positif yang dilakukan pihak BNM dalam membantu pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia khususnya Bumiputera meningkat.

Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September 2

Dana Rumah Mampu Milik RM1 bilion

Objektif utama program ini adalah membantu pembiayaan kewangan pembeli rumah pertama dari golongan B40 untuk membeli rumah pertama.

Program yang bakal bermula 1 September 2019 ini mempunyai beberapa kriteria utama, di antaranya:-

  • Pendapatan isi rumah tidak
    melebihi RM4,360.
  • Harga rumah tidak melebihi RM300,000.
  • Sekatan penjualan hartanah
    sehingga 5 tahun sahaja.

Untuk rekod,
kriteria ini telah diubah supaya lebih mesra pembeli di mana pendapatan isi
rumah yang ditetapkan pada tahun lalu adalah RM2,300 dan harga rumah pula ditetapkan tidak melebihi RM150,000.

Untuk rujukan, anda boleh lawat laman Housing Watch untuk melihat program Dana Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia yang lalu dan membuat perbandingannya.

Dengan program ini, anda mampu memiliki rumah pertama dengan lebih mudah!

Di antara panel bank yang terlibat secara langsung dengan program ini adalah Ambank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan RHB Bank.

Apa yang lebih menarik adalah kadar pembiayaan telah ditetapkan pada kadar 3.5% setahun, di mana kadar ini adalah sangat rendah dan dilihat mampu memberi kelebihan kepada pembeli rumah pertama khususnya golongan B40.

Kedua, tempoh
pembiayaan pinjaman yang normal yakni 30 tahun dan 35 tahun telah dilanjutkan
kepada 40 tahun atau umur 70 tahun bergantung kepada mana yang lebih rendah.

Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September 3

Sungguhpun begitu, bakal pembeli rumah menerusi program ini hanya dibenarkan untuk membeli hartanah pertama dari pasaran utama atau under construction.

Masih keliru dan tidak tahu panduan yang jelas untuk beli rumah? Rujuk artikel 7 Panduan Mudah Untuk Membeli Rumah Di Usia Muda.

Jelas sekali program ini bakal membantu bukan sahaja pembeli rumah untuk membeli rumah pertama, bahkan membantu pemaju yang menghadapi isu lambakan hartanah tidak terjual khususnya di bandar – bandar tumpuan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Jika anda memenuhi kriteria yang ditetapkan di atas dan ingin membeli rumah pertama, jangan lepaskan peluang untuk menjadi pemilik rumah sendiri seawal 1 September ini!

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September 4

Dana RM1 Bilion Untuk Pembeli Rumah Pertama Bermula 1 September 5

Komen

komen





Source link