Artikel Terkini

Dana RM500 juta disediakan buat mereka yang minat usahakan inap desa



LAHAD DATU: Individu yang berminat untuk mengusahakan inap desa atau pusat pelancongan di tepi laut serta eko-pelancongan di dalam hutan disaran memanfaatkan Tabung Khas Pelancongan bernilai RM500 juta di bawah dana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata dana yang disalurkan menerusi SME Bank itu boleh dipinjam dengan syarat memiliki cagaran.

“Signifikannya, kalau dikenakan faedah empat peratus, kerajaan akan menanggung dua peratus. Dana ini untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki idea memajukan pelbagai perusahaan dalam sektor pelancongan termasuk kraftangan,” katanya ketika ditemui selepas program dialog halatuju pembangunan pelancongan Parlimen Silam di sini, pada Sabtu.

Sementara itu Mohamaddin berkata jumlah pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan ketara sepanjang bulan Januari lepas berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, sekali gus menampakkan perkembangan positif kepada potensi pelancongan negeri tahun ini.

— BERNAMA





Source link