Artikel Terkini

Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

36431 19 02 678629 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah


Kebersihan dan keceriaan ruang dapur tidak boleh dipandang remeh kerana selain menjadi tempat menyediakan dan memasak makanan, ia juga berperanan sebagai ruang sosial buat keluarga dan tetamu berkumpul. Jadi tidak wajar jika ruang ini dibiar kotor atau tidak terurus kerana ia mungin akan mengundang rasa kurang senang kepada orang lain yang datang berkunjung.

Jika anda tidak mahu lagi ruang dapur kediaman dibelenggu dengan aura kurang enak, ikuti tip-tip mudah yang IMPIANA sediakan ini, pasti dapur akan sentiasa terasa segar dan bersih. Tetamu juga akan lebih selesa jika persekitarannya kemas dan terhindar dari sebarang kotoran serta bau busuk.

  1. Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.

exquisite kitchen utensils set stainless steel 7pcs 394717 00 19 17 189379 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?

trash can recycling ct2.1 dt 2x 19 42 648432 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.

shutterstock 518530291 1024x683 19 40 088353 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

4. Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.

a8a402b7 b2bb 49f2 9056 025ea03f6011 mix of cutting boards stacked 19 15 856696 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.

a1fb6be25f22b315f9818a170ee81ff1 19 42 115483 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah

6. Kerapm mengganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.

262644bf99d70e47b3e5d175056cd785 19 01 521321 - Dapatkan Dapur Yang Sentiasa Bersih Dan Segar Dengan 6 Tip Mudah



Source link