Uncategorized

Dari Initial Coin Offering (ICO), Kini Sponsy Melancarkan Auction Di Ebay Sahaja


Sektor cryptocurrency mengalami ketidakstabilan sejak Disember 2017 yang menyebabkan pasaran tersebut menjejaskan Initial Coin Offering (ICO). Berpunca daripada itu, Sponsy telah pun menyenaraikan platform mereka di Ebay untuk meraih dana minimum $60,000.

Sponsy iailah decentralized platform yang menghubungkan tajaan dengan pihak yang menaja. Menurut Financial Times, akhir tahun 2017 yang lalu mereka mengumumkan mahu meraih dana walaupun tidak mempunyai sebarang produk.

Pengasas syarikat itu memberitahu kepada Financial Times bahawasanya ianya adalah normal bagi sesuatu syarikat mendapat dana jutaan dollar melalui ICO tanpa mempunyai sebarang produk.

Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu Great Crypto Bubble belum melanda pada sekitar 2017-2018. Lantas, peguam Sponsy menasihatkan pengasas syarikat iaitu Ivan Komar supaya mempunyai produk terlebih dahulu sebelum ICO.

Namun, Ivan Komar mengatakan nasihat peguamnya itu tidak berasas lantaran banyak syarikat di luar sana tidak mempunyai produk tetapi mendapat sekurang-kurangnya $10 juta sekurang-kurangnya.

Beliau tegas mengatakan nasihat peguam tadi mungkin diambil daripada sudut pelanggan tetapi daripada sudi perniagaan, keutamaan harus diberikan kepada mendapatkan dana. Sebab itu, Sponsy masih belum mempunyai sebarang produk.

Pada tahun 2018, pasaran kelihatan suram tidak seperti dahulu sehinggakan Komar berkata, pasaran pun tidak menentu dan sudah pasti pelabur tidak akan berminat dengan tawaran daripada Sponsy.

Disebabkan hal itu, Komar memutuskan untuk meletakkan bidding auction di Ebay untuk menarik minat syarikat blockchain atau mereka yang mempunyai bajet besar dalam R&D. Beliau merasakan tanpa blockchain, atau dengan adanya blockchain business model perniagaan ini boleh diteruskan tanpa sebarang masalah. Dengan tagline mereka Decentralised Sponsorship Platform, Komar yakin Sponsy boleh membangun suatu hari nanti.

Financial Times pula pada masa yang sama, memberikan pendapat bahawa adalah lebih baik jika Komar mendengar nasihat peguam mereka. Ini kerana 9 bulan selepas itu, mahkamah US telah pun mewartakan penipuan berkaitan ICO jatuh di bawah undang-undang sekuriti.

Kini, Sponsy mendapat $60,000 minimum bid di Ebay, jumlah yang dianggap rendah oleh Komar. Sepatutnya jumlah bid harus melebihi $200,000.

Ada beberapa pengajaran yang kita dapat melalui kisah ini.

1. Dapatkan dana untuk kembangkan perniagaan

Bagi sesebuah perniagaan, peringkat awal agak sukar untuk bergerak. Akan tetapi itu lebih baik daripada kita mengambil wang pelabur dalam keadaan yang tidak pasti. Disarankan perniagaan kita mempunyai ‘traction’ atau growth dahulu barulah berfikir untuk raise funding.

2. Dapatkan nasihat sewajarnya dan pertimbangkan dengan baik

Bermain dengan perkara yang melibatkan undang-undang ini memerlukan penelitian yang tinggi. Jika kita tersilap membuat percaturan, mungkin kita boleh didakwa di atas sebab melakukan kesalahan tertentu.

Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini dan sebarkan untuk kebaikan orang ramai. Jika anda mahu belajar untuk melabur, silakan baca artikel 7 sumber rujukan pelabur masakini.

Artikel ini disumbangkan oleh Faiz Azizan, penulis utama Investor.MY, sebuah blog rujukan para pelabur di Malaysia.

Malaysia Ke Arah Pengawalseliaan Aset Digital

Mungkin sedikit terlewat, tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan bersama-sama mengukuhkan lagi pengawalseliaan terhadap penawaran dan dagangan aset digital di Malaysia, termasuklah ICO ni.

Malah pihak SC pun sedang giat mendapatkan pandangan orang ramai berkenaan isu ICO ni. Boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaannya di sini.

Komen

komen





Source link