Uncategorized

Daripada Gagal Menamatkan PhD Berubah Menjadi Hedgefund Superstar – Stanley Druckenmiller

Daripada Gagal Menamatkan PhD Berubah Menjadi Hedgefund Superstar - Stanley Druckenmiller 1


The “greatest money making machine in history”, a man with “Jim Roger’s analytical ability, George Soros’ trading ability, and the stomach of a riverboat gambler”

Begitulah bagaimana Scott Bessent seorang fund manager menggambarkan diri Stanley Druckenmiller. Jom kita ikuti kisah menarik beliau yang pernah mengalami kegagalan, tetapi berjaya menjagi seorang hedgefund superstar.

Zaman Kanak-kanak:

Beliau bernama Stanley Freeman Druckenmiller, dilahirkan pada 14 Jun 1953 di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ibunya bernama Anne dan ayahnya Stanley Thomas Druckenmiller, bekerja sebagai seorang Jurutera Kimia.

Ibu dan ayahnya bercerai ketika beliau melalui zaman kanak-kanaknya. Dia terpaksa membesar dengan ayahnya di New Jersey.

Zaman Remaja:

Pada tahun 1975, beliau menerima Ijazah dalam jurusan English and Economi daripada Bowdoin College. Kemudiannya beliau menyambung pengajian Ph.D di University of Michigan yang mana beliau tidak sempat menghabiskan pengajian tersebut disebabkan beliau menerima tawaran di Pittsburgh National Bank. 

Kerjaya Dalam Dunia Kewangan:

Daripada Gagal Menamatkan PhD Berubah Menjadi Hedgefund Superstar - Stanley Druckenmiller 2

Beliau memulakan karier pada tahun 1977 sebagai Management Trainee di Pittsburgh National Bank, kemudiannya setahun selepas itu Stanley telah dilantik sebagai Head of The Bank’s Equity Research Group. Pada tahun 1981, beliau telah memulakan firma sendiri iaitu Dequesna Capital Management.

Pada tahun 1988, beliau dilantik oleh seorang lagi lagenda kewangan iaitu George Soros untuk mengurus firma beliau Quantum Fund, bagi menggantikan kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Victor Niederhoffer. Di sinilah nama beliau mula tersebar di seluruh dunia apabila beliau sebenarnya yang bekerja di sebalik tabir kejayaan Soros dengan fenomena “Broke the Bank of England” pada tahun 1992.

Stanley Druckenmiller telah mengambil position short British Pound Sterling dan mendapat keuntungan $1 Billion dalam tempoh masa sehari. Bayangkan bertapa bijaksananya beliau dalam bidang kewangan. Namun, beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 2000 apabila mengalami kerugian yang besar di dalam mengurus Quantum Fund pada tahun tersebut. 

Daripada Gagal Menamatkan PhD Berubah Menjadi Hedgefund Superstar - Stanley Druckenmiller 3

Firma Beliau Sendiri:

Tidak cukup dengan kisah beliau yang berjaya membangunkan Quantum Fund (Firma Hedgefund George Soros) dengan keuntungan tinggi secara konsisten, beliau sekali lagi melakukan perkara yang sama untuk firma Hedgefund yang beliau miliki sendiri iaitu Dequesna Capital Management.

Anda fikir 10%? Tidak, Stanley Druckenmiller berjaya mendapatkan lebih daripada 30% konsisten keuntungan setiap bulan dan bukannya setahun, dua tahun atau sepuluh tahun. Malah beliau melakukannya dalam tempoh masa 30 tahun tanpa sebarang kerugian.

Selain berjaya mencipta keuntungan yang besar kepada firma beliau sendiri, dia juga mendakwa bahawa 70% aset yang beliau miliki pada hari ini adalah daripada apa yang beliau usahakan selama bergelar Money Manager.

Menurut Bloomberg News pada 18 Ogos 2010, Stanley telah mengumumkan untuk menutup Dequesna Capital Management kepada pelabur baharu, di sebabkan beliau sudah terlalu penat untuk membuat rekod keuntungan yang tinggi secara berterusan kepada para pelabur firmanya. Ini disebabkan dia mendapati bahawa emosi beliau terjejas dan tidak sepadan dengan jangkaan beliau untuk terus kekal pada tahap yang sama. Semasa penutupan itu dilakukan, aset firma beliau telah meraih sebanyak $12 billion.

Dermawan:

Pada tahun 2009,Stanley Druckenmiller merupakan seorang yang sangat dermawan apabila beliau memderma sebanyak $705 juta kepada badan amal, dan $100 juta kepada sekolah perubatan. Sebelum itu pula tahun 2006, beliau menderma sebanyak $25 million.

Mungkin apa yang beliau lakukan pada masa lalu sukar untuk berlaku lagi pada masa akan datang. Bayangkan, beliau mengurus 2 firma besar dalam satu masa, dan sentiasa konsisten mengaut keuntungan. Sememangnya beliau sesuai di gelar sebagai The G.O.A.T of Money Manager.

Daripada Gagal Menamatkan PhD Berubah Menjadi Hedgefund Superstar - Stanley Druckenmiller 4

Komen

komen





Source link