Uncategorized

Data Intensity Bakal Perkenal Teknologi Pangkalan Data Berautonomi Oracle


BEDFORD, Massachusetts, 25 Mac 2019 /PRNewswire/ — Data Intensity berasa sukacita untuk menjadi Penaja Platinum Oracle OpenWorld Asia 2019 dan Penyampai Ucaptama Berautonomi di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura, mulai 26-27 Mac 2019.

“Sebagai pengguna awal Gudang Data Berautonomi Oracle, Data Intensity berbangga dapat menjadi Rakan Kongsi Platinum Oracle dan memimpin penerimaan teknologi terkini Oracle,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif, Tony Sumpster. “Kunjungi reruai kami di Oracle OpenWorld Asia dan berbincanglah bersama pakar-pakar kami untuk melihat bagaimana kami dapat membantu anda mencabar andaian, mereka bentuk demi hasil yang lebih baik dan memanfaatkan teknologi transformasi bagi mencipta kemungkinan masa depan, sekarang.”

Ketua Pegawai Teknologi Data Intensity, James Anthony dan Ketua Pegawai Pemasaran, June Manley turut terlibat dalam Sesi Ucaptama dan Sesi Permulaan sepanjang acara dua hari tersebut. James akan membincangkan bagaimana Data Intensity menggunakan Awan Gudang Data Berautonomi dengan Awan Analitik Oracle bagi menyediakan penyelesaian pantas kepada masalah perniagaan yang wujud sejak dahulu lagi; manakala June akan membincangkan bagaimana syarikat-syarikat yang berjaya berkembang bukan sekadar untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan, kakitangan dan rakan kongsi, tetapi menumpu pada strategi dan teknologi yang dapat meluaskan transformasi digital.

Pastikan anda tanda kalendar anda dan tidak melepaskan Sesi-sesi Ceramah Data Intensity yang berikut:

  • June Manley, Ketua Pegawai Pemasaran: Transformasi Digital: Masa Depan Perniagaan dan IT
    • Tarikh: Rabu, 27 Mac
    • Masa: 1:05 ptg – 2:25 ptg
    • Lokasi: Arena 1 (Tingkat 3)
  • James Anthony, Ketua Pegawai Teknologi: Robot Bakal Tiba – Oracle ADWC dan Data Intensity, kisah kejayaan pelanggan
    • Tarikh: Rabu, 27 Mac
    • Masa: 2:35 ptg – 3:10 ptg
    • Lokasi: Arena 5 (Tingkat 3)

Terokai masa depan, hari ini dengan Data Intensity. Ketahui lebih lanjut tentang Oracle OpenWorld Asia 2019 dengan mengunjungi halaman acara kami.

Latar Belakang Data Intensity
Data Intensity ialah penyedia perkhidmatan berbilang awan bebas yang terbesar, menumpu untuk mengurus aplikasi dan perkhidmatan bermisi kritikal dalam dunia awan hibrid. Penyelesaian dan perkhidmatan binaan khas kami menumpu pada Reka Bentuk kitar hayat, Pelaksanaan, Sokongan dan Operasi teknologi dan platform yang memperkasa proses perniagaan pelanggan kami. Pelanggan kami memilih kami — dan kekal bersama kami — kerana kerjasama dengan Data Intensity membolehkan mereka memberi tumpuan pada keperluan perniagaan kritikal mereka sementara kami menumpu pada aplikasi mereka dan pelaburan berbilang awan untuk memacu masa yang lebih pantas dalam memperoleh nilai.





Source link