Artikel Terkini

Daun Tompok Kekuningan Tanda Pokok Diserang Virus, Musnahkan Segera


Ramai sekarang ni IMPIANA lihat gemar berkebun. Yang konon kata tangan panas dan tak suka berkebun pun dah mula berjinak-jinak. Antara tanaman “Must have” adalah pokok cili. Tak kiralah cili apa atau cili kulai. Tak perlu beli benih mahal-mahal, pakai buah yang terlebih ranum pun boleh biakkan banyak pokok cili.

Nak biakkan memang mudah. Tapi, pokok cili ni mudah terdedah kepada penyakit. Penyakit yang berpunca dari virus memang sukar untuk diselamatkan. Sebaiknya, dimusnahkan segera sebelum merebak ke tanaman lain. Seperti yang berlaku kepada Nor Azlina. Daun pokok cili mula kelihatan tompokkan kuning.

Menurut rakan dalam Group Biginner Tanam Pokok Dan Sayur, pokok cili tersebut diserang penyakit mozek.

Nak beli baja dan benih murah, boleh beli online (Klik Sini https://invol.co/clr6ji)

Virus Mozek ini boleh merebak disebabkan beberapa faktor iaitu:

1. Faktor Biji Benih.
Pemilihan atau pembelian biji benih seharusnya dibeli daripada individu/syarikat yang dipercayai serta proses pembuatan/saringan biji benih mengikut S.O.P yang diperakui sah oleh Jabatan Pertanian antarabangsa. Virus mozek tersebut mampu hidup didalam biji benih seterusnya akan menjadi punca mozek ini akan merebak diladang apabila pokok sudah membesar.

2. Faktor Serangga Perosak.
Virus mozek juga boleh merebak melalui serangga perosak yang menjadi agen penyebaran virus tersebut. Serangga perosak akan menyerang dengan mengunyah atau menghisap cairan semua bahagian daun, bunga dan buah. Virus tersebut yang sudah sedia ada berada di mulut serangga perosak akan memudahkan lagi penyebaran apabila serangga tersebut menghisap dan memakan tanaman.
Antara serangga yang menjadi agen penyebaran virus ini seperti:
– Kutu Daun/Aphid
– Lalat Putih
– Kutu Thrips
– Hama
– Ulat Ratus dan lain²

3. Faktor Manusia.
Manusia juga boleh menjadi penyebab virus tersebut merebak tetapi tidak menghisap seperti serangga perosak. Antara penyebab virus ini boleh merebak melalui manusia kerana:

A). Mengabaikan penjagaan semasa menyemai dan anak benih. Ada segelintir pekebun/penjual anak benih mengabaikan penjagaan anak benih yang tidak mengikut Standard yang sepatutnya seperti kawalan serangga sambil lewa atau meletak anak benih tempat yang mudah terdedah pada serangan serangga perosak. Sebolehnya anak benih diletakkan didalam rumah hijau dan dilindungi dengan jaring serangga serta membuat kawalan penyakit & perosak secara berkala.

B) Penyebaran virus ini jugak boleh merebak melalui kaedah memetik menggunakan gunting dan memotong tangkai menggunakkan kuku. Mata gunting dan kuku yg digunakkan pada pokok sudah dijangkiti virus melekat dan apabila pokok sihat ini terluka, virus² yg melekat pada mata gunting dan kuku akan tertinggal pada bahagian luka tangkai tersebut.

Ini yang perlu di lakukan jika tanaman anda mempnyai gejala seperti dalam gamabar:

Ketika pokok berbuah: Jika berlaku kepada pokok yang sedang berbuah, semburkan racun serangga dan suppliment tambahan yang dikhaskan untuk cili

Pokok masih kecil: Jika pokok masih belum matang, sebaiknya dicabut dan dibakar terus jauh dari sumber supaya tidak merebak kepada tanaman yang lain



Source link