Artikel Terkini

David Geffen, Lelaki Terkaya Dalam Industri Hiburan Di Hollywod


David Geffen mungkin nama yang asing bagi rakyat Malaysia tetapi tahukah anda bahawa beliau merupakan lelaki paling kaya di Hollywood?

Beliau merupakan lelaki terkaya di dalam industri hiburan dunia, tetapi siapakah sebenar David Geffen ini dan bagaimana beliau boleh menjadi lelaki terkaya di Hollywood?

Jom Kita Berkenalan Dengan Beliau

Beliau dilahirkan pada tahun 1943 di dalam keluarga keturunan Yahudi. Ibu bapanya merupakan imigran dari Soviet Union dan beliau telah lahir di Brooklyn, New York.

Ibu bapanya merupakan ahli perniagaan dalam industri pakaian. Bapanya merupakan pereka corak pakaian manakala ibunya pula penjual pakaian untuk wanita di sebuah kedai yang kecil. Sejak dari kecil lagi, David banyak belajar tentang keusahawanan daripadai ibunya.

Ketika usia remaja, beliau merupakan seorang yang gemar membaca buku. Di antara buku yang merubah kehidupannya adalah buku yang bertajuk Hollywood Rajah. Buku ini menceritakan tentang kehidupan pengasas syarikat perfileman yang terkenal era 1940-an iaitu Louis B. Maye.

David yang begitu tertarik dengan kehidupan Louis yang dilihat sangat kaya, dan berjaya membina kekayaan melalui industri hiburan. Beliau kemudiannya bercita-cita untuk menjadi seperti Louis pada masa hadapan.

Tak Habis Belajar

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke University of Texas setelah menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Pengajianya di sini hanya selama satu semester sahaja, dan David telah ditendang keluar daripada universiti tersebut kerana keputusan peperiksaannya yang sangat mengecewakan.

Akhirnya beliau tekad untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan pertamanya adalah sebagai pembantu untuk CBS-TV studio di New York.

Beliau yang meminati kerja yang dilakukannya, kerana dapat melihat ramai personaliti televisyen membuat latihan sebelum keluar ke kaca televisyen.

David kemudian berkerja di bahagian receptionist untuk rancangan The Reporter yang disiarkan oleh stesen televisyen tersebut. Beliau telah dipecat daripada syarikat tersebut kerana telah mencadangkan penambahbaikan skrip untuk rancangan tersebut kepada penerbit rancangan.

Ada Hikmah Di Sebaliknya

Salah seorang pelakon untuk rancangan tersebut telah berseloroh denganyna supaya menjadi seorang ejen untuk pelakon. David telah mengikut nasihat pelakon tersebut dan terus menelefon pencarian bakat yang terkenal pada ketika itu iaitu syarikat William Morris Talent Agency untuk meminta kerja di sana.

Beliau telah diterima bekerja di syarikat pengiklanan tersebut sebagai penghantar surat dan dibayar sebanyak $55 untuk seminggu. Dari situ, beliau telah didedahkan dengan cara kerja yang dilakukan oleh syarikat tersebut untuk membuat panggilan mencari pelanggan.

Beliau kemudian telah menyedari bakatnya yang boleh bercakap melalui telefon untuk meyakinkan orang.

Laura Nyro merupakan artis pertama yang dibawah pengurusan David Geffen

Dari situ, David memgembangkan bakat yang dimilikinya. Beliau mula mendekati para pemuzik untuk menjadi ejen mereka dalam dunia hiburan. Beliau berjaya menjadi ejen artis yang bernama Laura Nyro buat pertama kalinya pada tahun 1968.

Sejak dari itu, beliau telah berjaya menambah kepercayaan artis yang lain untuk berada di bawah pengurusannya seperti Joni Mitchell, Crosby, Stills, Nash & Young, dan Janis Joplin.

Pada tahun 1969, David telah berjaya menjadi jutawan ketika usianya baru 26 tahun.

John Lennon dari kumpulan The Beatles merupakan salah seorang artis yang terkenal yang menggunakan khidmat pengurusan David Geffen

Beliau kemudiannya telah menubuhkan syarikat rakaman pertamanya yang diberi nama Asylum Records bersama dengan rakan baiknya iaitu Elliot Roberts, yang dikenalinya semasa bekerja dengan William Morris Talent Agency.

David kemudianyna menjual syarikat tersebut kepada Warner Communications dua tahun kemudian. Walaupun telah menjual syarikatnya, beliau masih kekal sebagai presiden untuk syarikat tersebut.

Di antara artis terkenal yang berada di bawah syarikat ini adalah Bob Dylan, Joni Mitchell dan The Band. Seterusnya David telah dilantik sebagai penaung untuk syarikat tersebut di dalam industri perfileman, walaupun beliau sendiri tidak mempunyai sebarang pengalaman di dalam perfileman.

Kumpulan rock Guns and Roses yang terkenal dengan lagu Sweet Child Of Mine, telah menggunakan khidmat syarikat penerbitan milik David Geffen untuk mengeluarkan album mereka

Pada dekad 1980-an selepas berhenti menjadi penaung untuk Syarikat Warner, David telah menubuhkan sebuah lagi syarikat rakaman yang diberi nama Geffen Records. Di sinilah ramai nama besar bernaung di bawah pengurusan syarikat beliau.

Di antaranya kita ada John Lennon, Elton John, Donna Summer dan kumpulan muzik rock terkenal di Amerika Syarikat iaitu Guns and Roses. Pada tahun 1990, beliau telah menjual syarikat rakamannya ini kepada Music Corporation of America.

Album keluaran syarikat David yang baru ditubuhkanya pada tahun 1990-an, berjaya menembusi pasaran dunia melalui kumpulan rock aliran grunge iaitu Nirvana

Pada dekad 1990-an pula, beliau telah menubuhkan satu lagi syarikat rakaman muzik yang diberi nama DGC. Kali ini, artis popular yang menggunakan khidmat beliau kumpulan grunge yang paling popular di Amerika Syarikat iaitu Nirvana.

Syarikat beliau telah menerbitkan album Nevermind yang berjaya dijual sebanyak 30 juta unit di seluruh dunia.

Pada tahun 1994, beliau bersama dengan seorang pengarah terkenal di Hollywood, Steven Spielberg dan bekas pengerusi Walt Disney, Jeffrey Katzenberg; telah menubutkan syarikat animasi terkenal di Hollywood iaitu Dreamworks.

David Geffen bersama dua orang sahabat baiknya telah menubuhkan syarikat animasi yang terkenal di dunia iaitu Dreamworks

Pada tahun 1998, David menjadi bilionaire buat pertama kali dalam hidupnya, dan menjadi di antara lelaki terkaya di Hollywood. Kini dengan sumbangan yang luar biasa terhadap industri hiburan Hollywood, David menjadi semakin kaya dan mempunyai pelbagai koleksi peribadi yang mencecah berbilion dolar.

Kapal mewah yang dimiliki David di mana kebanyakan tetamu yang diundang untuk menaiki kapal tersebut adalah daripada golongan VVIP

Di antara koleksi peribadi yang dimiliki oleh beliau adalah koleksi lukisan, kapal mewah dan juga rumah agam. Beliau ipercayai mempunyai 2 buah kapal mewah yang dibelinya dari pemilik kelab bola sepak Chelsea.

David juga mempunyai koleksi lukisan bernilai hampir $2 bilion dan juga seorang dermawan dengan menyumbang sebahagian hasil kekayaanya kepada badan kebajikan.

Walaupun beliau memiliki kekayaan yang luar biasa, David masih lagi bekerja sehingga ke hari ini.

Sumber Rujukan:



Source link