Artikel Terkini

Di Pusat Hiasan Tingkap Elyza’s (EWCC) Tersedia Semua Langsir Yang Anda Idamkan!


Kemasan lembut (soft furnishings) atau fabrik dalam sesebuah dekorasi bukan sahaja pada langsir, malah sofa, sarung kusyen, alas meja dan sebagainya. Ia adalah kemasan yang menyempurnakan keseluruhan dekorasi. Jika inginkan nafas baru dalam sesebuah dekorasi secara mudah dan cepat, tak perlu lakukan ubah suai yang menelan kos yang tinggi. Cukup sekadar tukarkan kemasan yang ringkas sahaja. Ia sudah cukup memberi impak yang menarik!

Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tersalah pilih item atau corak, dekorasi anda akan kelihatan serabut, bercampur aduk dan tidak seperti yang anda inginkan. Hiasan rumah anda pula mungkin menjadi mangsa kritikan famili atau tetamu anda.
Untuk itu, apa kata anda dapatkan nasihat dari pakar hiasan fabrik seperti yang ditawarkan di ELYZA’S Window Covering Centre (EWCC). ELYZA’S merupakan pakar hiasan tingkap yang telah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia. Cukup popular dan menjadi pilihan utama sejak dahulu. Pakar hiasan ini telah berjaya membantu ribuan hiasan dalaman rumah untuk tampil lebih cantik dan menawan.

Bertempat di Balakong Industrial Park, Seri Kembangan, EWCC menyediakan unit pameran serba lengkap berkeluasan lebih dari 30,000 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai produk berkaitan hiasan tingkap dan lebih 100,000 rekaan fabrik eksklusif. Unit pameran ini wajib dikunjungi terutamanya bagi anda yang tercari-cari idea dan sistem terbaik untuk tingkap kediaman anda.

Apakah produk dan perkhidmatan yang boleh diperolehi pelanggan dari EWCC?
Matlamat EWCC adalah bertujuan menjadi ‘ONE-STOP CENTRE’ yang menawarkan pelbagai rekaan hiasan tingkap yang berkualiti tinggi. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi inspirasi kepada pelanggan yang sedang buntu mencari idea dan ingin tahu akan teknologi terkini yang ditawarkan dalam hiasan rumah.

Selain langsir dan ‘blinds’, EWCC juga turut menyediakan perkhidmatan ‘custom-made’ bagi pelbagai produk termasuk padding dinding, sofa, kerusi, headboard, kertas hiasan dinding dan sebagainya. Wah, banyakkan? Semua ada di EWCC!

Apakah keunikan dan perbezaan yang terdapat pada EWCC jika dibandingkan dengan kedai langsir lain?
EWCC merupakan pusat setempat yang memberi sumber inspirasi kepada pelanggan. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang pembelian, pengunjung sangat digalakkan untuk datang melihat, mencuba dan mengalami sendiri produk-produk yang tersedia di EWCC.

Untuk memberi lebih pengalaman dan idea kepada pengunjung, ruang pameran dibahagikan kepada beberapa ruang yang terdapat di dalam sesebuah kediaman. Antaranya termasuklah ruang makan, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya. Kami ingin pelanggan merasai kelainan membeli produk hiasan tingkap di EWCC

Apa harapan ELYZA’S kali ini untuk semua peminat yang disayangi?
Sebelum ini, produk ELYZA’S dibekalkan kepada pengedar seluruh negara. Mungkin ada antara pengedar yang dilantik tidak mahir tentang produk dan tidak memberi khidmat dan nasihat dengan baik dan tepat. Kini dengan adanya EWCC, pelanggan boleh datang untuk membeli terus produk ELYZA’S dengan harga yang lebih rendah dan perkhidmatan yang jauh lebih baik. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri, memberi kelebihan kepada ELYZA’S untuk lebih mudah memahami kehendak setiap pelanggan.

Jualan (Clearance Sales) Pra-Renovasi EWCC. Jangan lepaskan!
Mulai bulan Febuari hingga hujung bulan March 2020, ELYZA’S menjalankan kempen Jualan Pra-Renovasi. Kebanyakkan produk yang dipamerkan di EWCC akan dijual dengan potongan diskaun antara 30%-50%! Wah, bestnya! Segera datang untuk rebut hiasan tingkap yang anda inginkan!
EWCC dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu. 10.00pagi – 5.00 petang

Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, just guna Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S Home (M) Sdn Bhd yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :

WEB PAGE: www.elyza.com
FACEBOOK: www.facebook.com/ElyzasHome



Source link