Artikel Terkini

Disiplin fiskal bukan perkara utama ketika berdepan pandemik COVID-19 – Mustapa



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya terlalu risau berkenaan disiplin fiskal pada ketika negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kadar defisit fiskal akan meningkat kerana kerajaan harus membantu ekonomi negara bagi mengharungi cabaran ini.

“Kami di kerajaan telah bersetuju bahawa kita tidak perlu terlalu risau tentang kadar defisit fiskal.

“Kita harus maju dan ini pendekatan yang diambil kerajaan ketika ini,” kata Mustapa.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Consider This di Astro AWANI pada Khamis malam.





Source link

Related Posts