Uncategorized

Disney Mengalami Kerugian Pada Suku Ketiga Walaupun Ada 5 Filem Box Office


Tahun ini merupakan tahun dominasi yang terbaik bagi Syarikat Disney dalam industri perfileman dunia. Syarikat Disney yang berjaya mencapai kutipan Box Office dengan 5 buah filem yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Dua filem dari Studio Marvel iaitu anak Syarikat Disney yang mana telah membuat kutipan hampir $5 billion buat Disney. Filem tersebut adalah Avengers: End Game dan Captain Marvel.

Ditambah pula dengan filem Aladdin, Toy Story 4 dan juga Lion King yang turut mendapat kedudukan Box Office dunia. Kelima-lima filem tersebut dianggarkan mendapat kutipan yang begitu memberangsangkan sehingga mencecah $8 billion di seluruh dunia.

Walaupun pendapatan Disney daripada 5 buah filem itu begitu lumayan, syarikat terbabit telah mengalami sedikit kerugian pada suku tahun ketiga yang dikeluarkan pada tahun ini. Banyak penganalisis yang menjangkakan Syarikat Disney ini akan mencapai pendapatan yang tinggi pada suku tahun ketiga tetapi sangkaan mereka sangat meleset.

Syarikat Disney yang  mengalami kerugian sebanyak $553 juta untuk pendapatan suku tahun ketiga pada tahun ini. Saham Disney juga turut mengalami penurunan harga daripada $1.75 kepada $1.35 seunit saham.

Pembelian Syarikat Fox telah menyebabkan Disney mengalami sedikit masalah daripada segi keuntungan yang diperolehi, kerana ianya melibatkan sejumlah wang yang sangat besar

Menurut CEO Disney, diantara faktor yang menyebabkan pendapatan suku tahun ketiga pada dalam tahun ini merosot adalah disebabkan oleh pembelian Syarikat Fox yang melibatkan pengaliran wang sebanyak $71 billion dan merupakan pembelian terbesar dalam sejarah peefileman dunia.Walaupun pembelian itu melibatkan jumlah yang sangat besar, ia merupakan salah satu strategi untuk jangka masa yang panjang bagi syarikat terbabit.

Nasib tidak menyebelahi filem yang dikeluarkan oleh Syarikat Fox pada tahun ini kerana tidak begitu mendatangkan keuntungan kepada kewangan Syarikat Disney. Filem yang membabaitkan modal yang besar tetapi memberi keuntungan kepada Syarikat Disney adalah filem Dark Phoenix yang mana membabitkan modal berjumlah $200 juta tetapi hanya memberi keuntungan sebanyak $50 juta sahaja kepada Syarikat Disney.

Dark Pheonix merupakan filem yang dikeluarkan oleh Fox yang menelan belanja $200 juta tetapi hanya dapat mengutip $250 juta

Oleh yang demikian, Syarikat Disney telah merubah corak perniagaan yang dimiliki oleh Syarikat Fox kerana filem keluaran syarikat mereka hanya berada paras balik modal sahaja. Di antara langkah yang dilakukan oleh Disney terhadap Fox adalah dengan memperbaharui francais filem yang dimiliki oleh Fox walaupun ramai peminat yang tidak setuju dengan tindakan tersebut.

Filem yang akan mendapat sentuhan terbaru daripada Studio Disney adalah Home Alone, Night at the Museum, Cheaper by the Dozen dan Diary of a Wimpy Kid. Sebelum penggabungan dengan Disney, Fox telah mempunyai beberapa francais yang telah mencapai Box Office.

Di antara projek Disney untuk Fox adalah dengan mengeluarkan filem Avatar yang mana merupakan satu fenomena dunia pada sedekad lepas dan filem terbaru keluaran mereka akan dijangka berada di pasaran pada tahun 2021.

Pembukaan taman tema Star Wars oleh Disney tidak mendapat sambutan yang menggalakan daripada pengunjung yang menyebabkan Disney menanggung kerugian

Selain daripada itu juga, taman tema yang dimiliki oleh Disney kurang mendapat sambutan berbanding dengan sebelumnya. Dengan pembukaan taman tema Star Wars yang melibatkan kos yang besar dan kurang mendapat sambutan terhadap pembukaan taman tema tersebut.

Faktor yang mengurangkan kedatangan pelanggan ke taman tema Disneyland adalah disebabkan harga tiket yang mahal dan hotel turut menaikan kadar sewa di sekitar tempat taman tema terbabit.

Pembagunan projek rancangan televisyen online banyak menggunakan wang pelaburan Disney. Ia dijangka menemui pelanggan pada bulan November tahun ini

Disney juga telah mengumumkan projek yang terbaru mereka yang mana akan bersaing dengan Syarikat Netflix dalam dunia rancangan berbayar online. Disney yang melancarkan rancangan televisyen yang tersendiri secara online yang diberi nama Disney Plus.

Setelah sekian lama Netflix menguasai pasaran Amerika Syarikat dalam penyiaran televisyen secara online yang berbayar, kini syarikat itu akan berdepan satu lagi persaingan dari Syarikat Disney. Disney menjangkakan akan mempunyai seramai 12 juta pelanggan pada akhir tahun hadapan.

Disney yang turut meletakkan tanda harga pengenalan sebanyak $12.99 untuk sebulan langganan sama seperti Netflix. Disney akan menggabungkan 3 saluran utama yang dimilikinya iaitu Hulu, Disney dan ESPN dalam satu pakej jimat.

Dengan wujudnya perkhidmatan Disney Plus, ia akan memberi tamparan yang hebat buat Netflix yang telah mempunyai seramai 150 juta pelanggan di seluruh dunia.

Pihak Disney yang juga menafikan bahawa mereka akan mengambil pelanggan sedia ada Netflix tetapi dengan tawaran yang ditawarkan oleh Disney. Sekurang-kurangnya Netflix tidak akan sewenang-wenangnya menaikan harga terhadap perkhidmatan mereka dengan wujudnya persaingan ini.

Dengan wujudnya pelan yang begitu lengkap, syarikat Disney dijangka akan mendapat keuntungan yang besar pada masa akan datang dan dapat menyakinkan para pelabur.

Sumber Rujukan: Los Angeles Times

Komen

komen





Source link