Artikel Terkini

DIY Jimat Hanya Guna Vinyl Buat “Feature Wall” Yang Menarik!


Di dalam sesebuah unit kediaman, dinding tumpu atau lebih sering disebut feature wall merupakan antara elemen yang penting. Perhatian yang khusus perlu diberikan dalam menghasilkan sebuah dinding tumpu yang menarik dan bersesuaian dengan ruang. Ia berupaya menyempurnakan dekorasi ruang disamping dapat mewujudkan komunikasi visual yang indah antara ruang dalam kediaman.

Sebagai contoh, Jae Jung Suh telah memilih untuk berfikir diluar kotak dan menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan sebuah feature wall yang amat berbeza dari kebiasaan. Dengan hanya menggunakan vinly dan hasilnya, menakjubkan! Susunan herringbone menjadi pilihan dan ia merupakan pilihan yang tepat untuk kediamannya.

Lama dah nak buat accent wall Herringbone pattern ni.. and suddenly miss CORONA came.. u know the deal kan..
Kalau nak guna real wood macam mahalkan.. so guna je vinyl flooring ni.. sis2 jangan ingat vinyl floor tok lantai ja tau hehehe.. tp nak patah ler pinggang Sbb buat sorang2 kan.. n
Kalau anda rasa kurang yakin untuk gunakan pelekat vinyl, boleh je improvise sikit, guna adhesive glue (gam flooring)



Source link