Uncategorized

DIY Rug Kaki Cantik Dari Alas Periuk Murah


IMPIANA selalu pesan. Kalau nak mendekor, tidak semestinya perlukan modal yang banyak. Yang penting bijak mengolah. Seperti yang dilakukan oleh dekor influencer Puan Ogosh Iskandar. Dari dulu Impiana selalu mengikuti eprkembangan suri rumah ini dalam mendekor kediaman nya yang ebrsaiz kompak. Bukan sahaja cantik dan praktikal, malah kreatif dalam menghasilkan elemen dekor sendiri. Baru-baru ini, ogosh berkongsi DIY rug dari pelapik periuk koil yang di beli dari kedai barangan bajet. Tapi dengan sentuhan magis, pelapik periuk yang berwarna kusam kelihatan lebih ceria dan sesuai dijadikan sebagai alas kaki
.
Kos untuk menghasilkan rug ini kurang dari RM 50 Sebab yang perlu di beli adalah pelapik periuk. Benang, saya gunakan apa yang ada dalam simpanan sahaja. Kalau nak kira kos alas periuk tu sebenanrya modal saya adalah RM 35 sahaja

BAHAN-BAHAN:
Pelapik periuk (kuantiti ikut saiz yang diperlukan. pelapik ni boleh DIY sendiri juga dnegan menggunakan tali)
benang kait
pom-pom
jarum
gam fabrik
benang jahit

Komen anda





Source link