Uncategorized

Dr. Daniele Gambero: Fahami Kemampuan- Masalah dan Penyelesaian #HiHOME #HiHOME2019

Dr. Daniele Gambero: Fahami Kemampuan- Masalah dan Penyelesaian #HiHOME #HiHOME2019 1


KUALA LUMPUR: Acara expo hartanah HiHome mendapat pembukaan oleh Dr. Daniele Gambero, pengasas dan Propenomist kepada Propenomy Academy bahawa Malaysia masih mempunyai harapan untuk membangun dengan lebih maju dalam bidang perumahan. 

Beliau menyatakan terdapat pelbagai isu dalam Malaysia seperti tidak terjual hartanah, kelas pertengahan terutamanya golongan belia mengalami kesukaran mencari hartanah & perumahan, dan kekurangan celik dalam isu kewangan. 

Antara isu yang difokuskan oleh Dr. Daniele Gambero ialah isu memahami kemampuan.

Sebuah rumah boleh dianggap dalam kemampuan apabila isi rumah yang mendudukinya memerlukan kurang daripada 35% dalam pendapatan bersih untuk membayar balik hutang gadai janji. Beliau menyatakan terdapat lebih dari 80,000 penduduk berulang alik antara Seremban dan Kuala Lumpur setiap hari akibat kurang perumahan yang mampu dimiliki.

Beliau menerangkan faktor-faktor yang mendorong permintaan rumah. Piramid Jumlah Penduduk Malaysia mendapati 32.5 juta penduduk pada 2020. Dalam tempoh masa 20 tahun akan datang, terdapat 6 juta penduduk akan mencari hartanah & perumahan. Ini menandakan peningkatan kepada 38.6 juta penduduk pada tahun 2040. 

Didapati lebih warga Malaysia berpindah dari kawasan pendalaman ke kawasan yang berpusat & padat. Faktor lain juga merupakan peningkatan jangka hayat warga Malaysia. Bilangan pemilik perumahan pada 2014 berada di 76.1% maka masih realistik untuk meningkatkan kepada 80%

Dr. Daniele Gambero memaparkan Pendapatan Isi Rumah Negara berada pada median sebanyak RM5,228 merupakan kedua tertinggi di Asia Tenggara. Hampir dua kali ganda daripada negara-negara serantau lain.

Penyelesaian untuk mengatasi isu tersebut, beliau menyatakan perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan Median Negara bagi meluaskan peluang melalui platform yang disediakan seperti FINTECH, Fish TECH dan lain-lain. Selain itu, dikehendaki menangani isu-isu pemilik rumah mengikut negeri demi negeri berdasarkan isi rumah kemampuan dalam negeri tersebut.

Sebagai penutup, Dr. Daniele Gambero mengulas bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan:

Menangani masalah dengan mengurangkan kos membina dan meningkatkan pendapatan per kapita
Memberi peluang untuk mengkaji landskap perumahan negara maju yang lain.
Dengan Tokenisasi Harta dapat memperkenalkan konsep pemilikan pecahan.
Skim Penyewaan ke Pembelian. Ini dapat dilaksanakan bagi menguntungkan kedua belah pihak.

Untuk mendalami lebih lanjut, kunjungi laman web Hi Home di www.hihomes.my





Source link