Uncategorized

e-Members Investment Scheme (e-MIS) Bantu Jimatkan Kos Labur Guna Duit KWSP

e-Members Investment Scheme (e-MIS) Bantu Jimatkan Kos Labur Guna Duit KWSP 1


Ada sesiapa pernah dengar tak pasal Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA KWSP)?

Untuk mereka yang tak tahu, kita boleh keluarkan duit KWSP kita untuk tujuan pelaburan. Kita dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian daripada Baki Akaun 1 kita untuk dilaburkan ke dana pelaburan yang dibenarkan oleh KWSP.

Tapi kalau sebelum ni, kita kena melabur ke dalam Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA KWSP) melalui ejen yang berlesen; tetapi selepas ini kita boleh terus melabur tanpa ‘orang tengah’.

Jimat Kos Belian

Kalau dulu melalui ejen kita dikenakan caj 3%, katanya melalui e-MIS ni nanti, caj serendah 0.5% bakal dikenakan. Sebagai contoh:

Melalui Ejen:
Labur RM10,000 – 3% kos belian
= RM9,700 duit pelaburan

Kita kena untung 3.2% baru boleh ‘break-even’ untuk cover kos belian sebanyak 3% tadi.

Melalui e-MIS:
Labur RM10,000 – 0.5% kos belian
= RM9,950 duit pelaburan

Kalau melalui e-MIS pula, kita hanya perlu meraih keuntungan 0.6% untuk cover kos belian tersebut.

Banyak tu kita dapat jimat, dan dana pelaburan kita tak perlu bekerja keras sangat untuk cover kos belian.

Sumber Rujukan: mypf

Kalau nak tahu, ada 6 Caj Berbeza Yang Terdapat Dalam Unit Trust. Bukan kos belian saja. Jadi kita kena fahamkan betul-betul sebelum nak melabur dalam unit trust ni.

Hasilkan Generasi Pelabur Yang Lebih Celik

Dengan adanya skim e-MIS ni, pelabur yang nak melabur menggunakan duit KWSP mereka sendiri kenalah bijak memilih dana. Kenalpasti dana sendiri yang boleh mendatangkan pulangan yang mereka inginkan. Tapi sebelum itu, kena juga kenalpasti risiko yang mereka mampu hadapi.

Maklumlah, dalam dunia pelaburan ni – ‘High risk, high return’. Untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar, kita kenalah berdepan dengan risiko yang lebih besar.

Apakah Nasib Ejen Unit Trust?

Tapi apa pula nasib yang bakal menimpa ejen-ejen unit trust?

Dan tahukah anda, setakat Jun 2019 kita ada:
– 65347 ejen berdaftar sebagai Unit Trust Consultant
– 24226 ejen berdaftar sebagai Private Retirement Scheme

Buat masa sekarang, sebahagian besar daripada 3% kos belian yang sekarang ini ditanggung pelabur yang menggunakan Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Sebahagian daripadanya dapat kepada ejen dalam bentuk komisen.

Dengan ada e-MIS ini, mungkinkah Unit Trust Consultant tidak lagi relevan? Maklumlah, pelabur nak berjimat dan ini bakal menyebabkan punca pendapatan ejen terjejas.

Tapi kalau kita tengok dalam pelaburan saham pun, kebanyakan pelabur jual beli saham sendiri tanpa bantuan remisier. Memang cukup mudah. Buka akaun CDS dan terus guna Trading Platform untuk jalankan transaksi. Disebabkan inilah kos-kos yang terlibat dalam pelaburan saham sangatlah rendah.

e-Members Investment Scheme (e-MIS) Bantu Jimatkan Kos Labur Guna Duit KWSP 2

e-Members Investment Scheme (e-MIS) Bantu Jimatkan Kos Labur Guna Duit KWSP 3

Komen

komen





Source link