Artikel Terkini

Ekonomi gig bukan sekadar e-hailing



KUALA LUMPUR: Ekonomi gig bukanlah hanya sekadar perkhidmatan e-hailing semata-mata malah ia turut merangkumi pelbagai sektor yang mungkin tidak begitu diteroka sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas bersama Qwork Malaysia, Muna Munirah Wan Nordin, platform Qwork misalnya mengumpulkan pekerja gig dan menyesuaikannya dengan tugasan yang bertepatan dengan kemahiran mereka.

“Sebagai contoh, kalau anda adalah pelajar jurusan perakaunan tetapi anda ada pengalaman lain, seperti contoh, kalau kita lihat generasi muda sekarang, banyak yang suka buat kerja-kerja rekaan.

“Ada juga yang suka muzik. Sebenarnya mereka ada banyak kemahiran lain. Apa yang kami lakukan di Qwork, ini adalah aplikasi untuk ekonomi gig, kita padankan pekerja dengan tugasan yang sesuai dengan kemahiran mereka,” katanya.

Muna Munirah berkata demikian dalam Webinar Astro AWANI yang membincangkan tajuk COVID-19: Penugasan Semula Pekerjaan atau Penciptaan Pekerjaan Baru pada Rabu.

Webinar yang diadakan pada Rabu itu dikendalikan Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang turut menampilkan Timbalan Dekan Hal Ehwal Prasiswazah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Zafir Mohamed Makhbul,

Turut sama menyertai Webinar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Institute of Technology Academy (MIT), Anthony Ng Mun Sun dan Ketua Bahagian Graduan dan Bakat Baharu Talent Corp, Mohamad Nazrul Aziz.





Source link

Related Posts