Artikel Terkini

Ekonomi gig kurangkan kos 30 peratus, tingkat pendapatan 70 peratus – Grab Malaysia



KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia menyambut baik sokongan kerajaan dalam meningkatkan dan merancakkan ekonomi gig di negara ini.

Menurut Ketua Hal Ehwal Awam dan Kerajaa Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah, pelbagai sektor perniagaan terutama melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan tradisional kini boleh diubah ke dalam talian.

“Sebagai perkhidmatan teknologi tempatan sejak lapan tahun lalu, Grab berbesar hati bekerjasama dengan kerajaan melalui Shop Malaysia Online dan E-wallet untuk mengalakkan transaksi cashless (tanpa tunai) dan ekonomi digital.

“Sudah tentu Grab ingin membantu PKS dan perniagaan tradisional untuk mengalakkan mereka mengubah cara ke arah ekonomi digital di masa depan,”katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Jelas Eby, sokongan kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini perlu diambil peluang oleh semua pihak.

Katanya dalam tempoh beberapa bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, pelbagai sektor perniagaan telah menjalani adaptasi ekonomi gig.

“Berdasarkan pengalaman Grab dan Kementerian Luar Bandar (KPLB) kita telah membawa sejumlah besar PKS ke platform Grab.

“Kita dapati wujud peluang besar meningkatkan adaptasi digital PKS dan kita akan terus mencari jalan yang sesuai,” katanya.

Malah Grab ujarnya sedang menjalankan perbincangan untuk membantu sektor pelancongan ke dalam perkhidmatan dalam talian itu.

Analisa Grab Malaysia juga mendapati kos perniagaan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus manakala perolehan meningkat 70 peratus berbanding cara tradisional.

“Daripada pengalaman kami melalui e-bazar dan e-pasar di mana kos boleh dikurangkan 30 peratus berbanding perolehan sehingga 70 peratus. Ini adalah satu cabaran kita perlu tukar sikap mereka (peniaga).

“Dari aspek kerajaan, perlu ada proses pendidikan menunjukkan program perintis mendedahkan kakitangan kerajaan menerusi program latihan dan perlaksanaan proses pertukaran digital ini,” jelasnya mengenai ekonomi gig.





Source link

Related Posts