Uncategorized

Ekonomi Singapura sedang menuju ke arah kemelesetan – Laporan



Ekonomi Singapura kini menghadapi risiko kemelesetan teknikal cetek akibat prestasi ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan.

Memetik laporan Bloomberg hari ini, kemerosotan berkenaan berlaku selepas perang dagang Amerika Syarikat-China yang semakin memburuk memberi impak negatif terhadap ekonomi Singapura yang amat bergantung kepada sektor eksportnya.

Berdasar kajian Institut Kajian Maybank Kim Eng, sektor eksport dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak hanya 1.3 peratus manakala jangkaan kerajaan Singapura yang dibuat pada tahun lalu adalah antara 1.5 peratus dan 2.5 peratus.

Oleh kerana nilai eksport Singapura sekitar 200 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Republik berkenaan, dasar-dasar yang dapat dilaksanakan kerajaan Singapura bagi menaikkan kadar pertumbuhan tidak mampu menampung kesan negatif kemerosoton ekonomi global.

“Gangguan-gangguan yang dihadapi jaringan pembekal akan memburukkan lagi keadaan, terutamanya apabila sektor teknologi sangat terkesan daripada perang dagang antara AS dan China,” pakar ekonomi Maybank, Chua Hak Bin dan Lee Ju Ye dilaporkan berkata.

Pertumbuhan aktiviti perdagangan telah mengalami kemerosotan pada tahun 2015, kemudian naik seketika sebelum jatuh kembali pada tahun ini lantas menimbulkan situasi ketidaktentuan yang amat tinggi dalam kalangan pelabur.

Menurut pakar ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan Chew Leong, perang dagang AS-China tersebut akan mengurangkan kadar pertumbuhan sektor eksport Malaysia sebanyak 1 hingga 2 peratus.





Source link

Related Posts