Artikel Terkini

Elak Jadi 9 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadhan


Ramadhan 1441 di jalani dengan cara yang sangat berbeza di seluruh dunia. Syyidul Syukur tahun ini disambut ketika dunia sedang berperang dengan tentera yang tak kesat di mata. Namun, disebaliknya penuh dengan hikmah.

Dikesempatan PKP (Perintah Kawalan pergerakkan), jadikan ia sebagai hikmah ramadhan agar kita lebih fokus menunaikan ibadah ini secara sederhana dan terhindar dari fitnah dunia. Mudah-mudahan, Ramadhan 1441 ini kita tidak terdiri dari 9 golongan yang rugi nikmat Syyidul Syukur, Penghulu segala bulan. 9 golongan tersebut adalah:

GOLONGAN PERTAMA
Iaitu mereka yang tidak melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ikhlas kepada Allah, sebaliknya berpuasa dengan perasaan riak dan puasa adat sahaja

GOLONGAN KEDUA
Mereka yang tidak beribadah pada malamnya (dengan solat tarawih dan lain) kerana bermalas-malasan dan sengaja memberatkan diri dari melakukan ketaatan, maka tiada habuan keampunan dosa bagi mereka di bulan Ramadhan

GOLONGAN KETIGA
Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak yang buruk di mana puasanya tidak sedikit pun menghalangnya dari berkelakuan buruk itu dan dari melakukan perkara haram

GOLONGAN KEEMPAT
Mereka yang banyak menghabiskan masa dan saat-saat keemasan di bulan Ramadhan dengan tidur, lalai dengan menonton TV, mendengar lagu dan nyanyian, menonton cerita-cerita yang dimurkai Allah

GOLONGAN KELIMA
Mereka yang mensia-siakan solat 5 waktu, tidak berkunjung ke masjid dan surau bersama para jemaah. Berbeza tahu ini, dalam tempoh PKP kita tidak dibernarke ke surau mahupun masjid. Tapi, peluang tersebut boleh lah kita berjemaah bersama keluarga dan mempercepatkan solat

GOLONGAN KE ENAM
Mereka yang merosakkan puasa mereka dengan sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh, makan dan minum, mengeluarkan mani dengan sengaja, mengadu domba, mengumpat, hasad dengki, mengejek-ngejek dan mempermainkan orang lain, menyebut kata-kata kotor, berhias (bersolek) dan sebagainya

GOLONGAN KETUJUH
Mereka yang hanya bersungguh-sungguh dalam beribadah di awal Ramadhan serta berazam untuk bertaubat dan beristiqamah dalam beribadah, tetapi bertukar sebaliknya dengan menjalani kehidupan yang sia-sia dan melalaikan

GOLONGAN KELAPAN
Mereka yang meninggalkan Al-Quran di bulan Ramadhan di mana Al-Quran tidak dibaca dan ditadabbur

GOLONGAN KESEMBILAN
Mereka yang bakhil dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka dan tidak menafkahkannya ke jalan Allah dengan memberi makan orang yang lapar, tidak memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa dan tidak memberi pakaian kepada orang yang tiada pakaian



Source link