Uncategorized

Elakkan 5 tabiat berbelanja orang miskin ini


Dah jadi perkara biasa ramai orang jadi “miskin” bila tiba hujung bulan.

Bila dah jadi macam ini, ramai yang akan mula jadi detektif kewangan persendirian. Kita mula cari jawapan kat soalan seperti kat bawah ni:

GH Masterclass

  • “Mana duit yang aku simpan menghilang?”
  • “Poket (atau dompet) aku ada bocor kat mana-mana ke?”
  • “Ada orang curi duit aku ke?”

Korang baca artikel yang betul untuk selesaikan masalah ini. Tok nak kongsikan tip Lianne Martha Maiquez Laroya ini, yang boleh buatkan kewangan korang lebih selamat berbanding sebelum ini.

Tak ada masalah nak tingkatkan taraf hidup kalau kita mampu dan ada kapasiti.

Tapi, tak bermakna setiap kali gaji kita naik, sikap berbelanja kita pun kena ikut sama. Kalau kita jenis orang yang selalu mencari cara atau alasan baru untuk berbelanja, sikap ini kelak akan susahkan kita satu hari nanti.

Ini lebih teruk kalau gaji masih kat paras yang sama, tapi nafsu berbelanja pula meningkat dan tak kena dengan gaji yang ada.

Elakkan tabiat ini sebab ia jelas tak berikan sebarang faedah. Malah, ia menjadi sebab utama kita tak mampu nak menyimpan setiap bulan.

Cari ilmu dan belajar tahan nafsu berbelanja walaupun gaji kita meningkat dari masa ke semasa. Pada masa yang sama, cari jalan lain untuk tambah pendapatan sedia ada.

Biasanya, orang yang tak berjaya selesaikan masalah adalah sebab mereka pilih untuk tak ambil peduli pasal masalah itu. Ia lebih senang dibuat kan?

Tapi, sikap ini adalah resepi kegagalan yang utama. Dan ia jelas tak elok untuk kewangan kita.

Ramai yang lebih fokus kat keperluan dan kehendak semasa mereka, berbanding menyimpan untuk masa depan yang jauh lebih penting.

Ubah perspektif ini dan mula tambah fokus untuk menyimpan demi masa depan. Tak bermakna kita kena gunakan banyak duit sekarang, kita ada lesen untuk senang-senang abaikan simpanan masa depan.

Nak lebih selamat? Belajar cara buat bajet yang berkesan. Cara ini boleh buatkan kewangan kita lebih selamat dan teratur, dan simpanan juga dapat dibuat tanpa sebarang masalah.

“Aku masih muda lagi. Masa ini kita nak enjoy dan rasa semua benda. Buat apa menyimpan awal-awal?”

Ini adalah skrip biasa yang selalu berkait rapat dengan orang muda. Mereka mudah terbawa-bawa dan tak kisah berbelanja banyak, asalkan dapat puaskan nafsu dan kehendak yang tak berikan sebarang manfaat.

Sebab Tok sayang orang muda (sebab generasi ini akan hadapi kehidupan yang lebih sukar dan mencabar), Tok nasihatkan untuk elakkan gaya fikir (mentaliti) macam ini.

Kita tak pernah rugi kalau mula menyimpan lebih awal. Malah, ia sangat baik dan berbaloi untuk kita buat.

Walaupun gaji tak banyak, ia bukan alasan untuk kita tak mula menyimpan. Satu cara berkesan untuk elakkan masalah ini adalah dengan ketepikan sebahagian pendapatan untuk disimpan. Dah buat ini, baru belanjakan yang lain.

Ramai yang rasa kita mampu ingat semua perbelanjaan yang dibuat. Mungkin ada orang macam ini, tapi bukan semua orang.

Mungkin lebih mudah nak ingat perbelanjaan yang gunakan banyak gunakan duit kita. Tapi hakikatnya, perbelanjaan kecil yang banyak makan duit kita, sama ada kita sedar atau tak.

Cuba buat kira-kira. Berapa banyak kita belanjakan untuk beli air mineral atau kopi setiap hari? Tak perlu terkejut tengok berapa jumlah yang kita belanjakan untuk perkara macam ini.

Nak elakkan masalah ini? Mudah saja. Amalkan sikap menyimpan resit perbelanjaan yang kita buat. Cara ini buatkan kita lebih peka dan tahu kemana duit kita berlabuh. Baru senang kita nak kesan balik duit kita itu.

Bagi yang jenis malas nak simpan resit banyak-banyak, buat satu jurnal sebagai rekod semua perbelanjaan yang terjadi, tak kira besar atau kecil. Kita boleh kawal kewangan kita dengan lebih baik dengan cara ini.

Tak salah kalau kita benar-benar perlukan peranti eletronik ini. Tapi, ramai yang anggap ia sebagai satu keperluan yang penting, dan lebih penting daripada simpanan untuk masa depan.

Dan perkara ini (pada pandangan Tok) tak ada hadnya. Ada yang jenis tiap kali keluar gajet model baru, mesti nak beli. Kalau tak, nanti orang lain kata kita ketinggalan zaman pula.

Sikap ini jelas tak berikan sebarang manfaat jangka masa panjang kat kita. Lain cerita kalau kita betul-betul banyak duit. Nak beli semua gajet yang ada kat kedai pun, Tok tak kisah (asalkan dah simpan duit siap-siap).

Kita boleh belajar bezakan perkara yang perlu atau tak, serta tahu beza antara keperluan dan kehendak untuk elakkan masalah ini berlaku.

Kos membeli gajet bukannya murah. Tok tengok rata-rata smartphone baru (model high-end) boleh cecah RM3,000 ke atas. Harga ni boleh beli laptop baru kot. Jadi, selagi tak perlu, pakai saja model lama yang masih lagi elok berfungsi.

Pasakkan gaya fikir yang kita mula menyimpan hari ini, untuk kesenangan hari esok. Tak perlu ragu-ragu sebab amalan menyimpan ini lebih banyak faedah berbanding masalah.

Kalau tak boleh mula simpan banyak, tak salah mulakan dengan yang sikit dulu. Bak kata William Shatner:

“Kalau tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang salah, saya tak ingin jadi betul.” (“If saving money is wrong, then I don’t want to be right.”).



Source link