Uncategorized

Entropia Melancarkan Aladdin Untuk Servis Internet Benda (IoT) B2C Hasil Usaha Sama Rudra Labs

Entropia Melancarkan Aladdin Untuk Servis Internet Benda (IoT) B2C Hasil Usaha Sama Rudra Labs 1


Entropia Melancarkan Aladdin Untuk Servis Internet Benda (IoT) B2C Hasil Usaha Sama Rudra Labs 2

(Kiri : Prashant Kumar, Rakan Kongsi Utama di Entropia. Kanan : Rajeev Bala, Ketua Pereka Aladdin)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 April 2019 /PRNewswire/ — Entropia, pakar runding pemasaran era baharu dengan usaha sama Rudra Labs telah melancarkan Aladdin, tawaran terkini yang membuka peluang melalui Internet Benda (IoT) buat para peniaga bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Rudra Labs ditubuhkan pada 2016 dengan beberapa syarikat yang beroperasi di Singapura dan Hyderabad. Rudra Lab merupakan pakar dalam rekaan dan penghasilan platform peranti IoT dengan kepakaran yang tinggi dalam perisian tegar, perkakas, awan IoT dan nafif serta sekuriti IoT.

Entropia yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Manila menawarkan kepakaran dalam usaha sama ini termasuk saranan nilai pelanggan (CVP), reka bentuk pengalaman pelanggan, data dan UI/UX.

Aladdin akan diterajui oleh CEO di Rudra Labs, Rajeev Bala. Beliau akan disokong oleh pasukan yang terdiri daripada 22 orang di HyderabadKuala LumpurManila dan Singapura. Pasukan ini akan memberikan khidmat dari hujung ke hujung bermula dengan nilai pemetaan ke pembangunan konsep ke pemprototaipan hingga ke pengeluaran akhir. Ia juga akan menutup gegelung penuh data pelanggan kepada jualan sebaik sahaja ianya mula digunakan.

Memetik kata-kata Rajeev Bala, Ketua Pereka Aladdin ketika pelancaran itu, “inilah masanya untuk jenama-jenama memberikan lebih dari sekadar kempen dan kandungan dengan menyediakan kemudahan IoT di tahap baharu buat pelanggan dan menyasarkan margin yang lebih tinggi buat mereka.”

“Dunia kini amat sengit dengan pelbagai jenis perniagaan, pangkalan IoT dapat membentuk nilai jenama yang lebih bermakna buat pengguna dan produk. Ini merupakan misi utama Aladdin,” ujar beliau.

“Kehidupan masa depan kini bergantung pada matriks sensor yang berfungsi di antara satu sama lain bagi memudahkan serta meningkatkan gaya hidup kita. Dengan itu, kita menjadikan setiap kehidupan lebih bermakna,” kata Prashant Kumar, Pengasas dan Rakan Kongsi Utama di Entropia.

Beliau juga berkata, “Aladdin terhasil bagi meningkatkan kekuatan sesuatu jenama dengan menggunakan objek terhubung demi pengalaman yang lebih baik serta menyelesaikan masalah setiap pelanggan. Ia juga membuka peluang ke dunia serba baharu tentang saranan nilai pelanggan yang mempunyai kuasa untuk mengubah banyak kategori.”

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:

Entropia Global  | E-mel : future@entropia.com 

Tentang Aladdin:

Di Aladdin.one, kami membantu setiap perniagaan memanfaatkan pengunaan kuasa Internet Benda (IoT) dalam membina serta mengukuhkan hubungan yang lebih bermakna dengan pengguna mereka. Ini bermaksud, dengan menyediakan jalan penyelesaian menggunakan IoT merentasi rantaian nilai pemasaran. Ia juga bermaksud menyediakan jalan penyelesaian untuk kes-kes baharu serta aliran pendapatan untuk setiap jenama.

Nama Aladdin diinspirasikan oleh kisah dongeng Arab yang terkenal. Aladdin di waktu ketika itu inginkan pertolongan dan kelihatan meronta-ronta dalam membuat keputusan telah menggunakan khidmat jin yang terkenal dengan kuasa magik bagi menyelesaikan masalah beliau.

Laman web: http://aladdin.one
Facebook: http://www.facebook.com/aladdiniot
LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/aladdinsg

Sumber: Entropia

Entropia Melancarkan Aladdin Untuk Servis Internet Benda (IoT) B2C Hasil Usaha Sama Rudra Labs 3

Komen

komen





Source link