Uncategorized

Fakta Menarik Mengenai Compounding (Berganda) Dalam Pelaburan


Jika anda ditawarkan dua situasi pilihan untuk memilih kekayaan bagi tempoh 30 hari, yang manakah akan menjadi pilihan?

Pilihan A:

Anda diberikan wang tunai sebanyak RM3,000,000 selepas tempoh 30 hari, dan anda boleh membelanjakan wang tersebut. Bayangkan apa yang anda boleh beli?

Saham Nestle, Saham F&N, Kereta Mustang, beli rumah sebelah KLCC. Wow, bestnya!

Pilihan B:

Anda hanya diberikan RM0.01 pada hari pertama, namun nilai tersebut akan berganda sebanyak 2 kali pada hari berikutnya iaitu RM0.02. Selepas 5 hari jumlah wang anda RM0.16, 10 hari wang anda sebanyak RM5.12. Selepas 20 hari berlalu jumlah wang anda meningkat sebanyak RM5,242.88.

Fikirkan seminit, buat pilihan anda dan jangan risau, tiada pilihan yang salah.

.

..

Jika anda memilih Pilihan A, tahniah anda memiliki RM3,000,000 wang tunai. Anda boleh membelanjakannya mengikut kemahuan anda.

Namun, tahukah anda pilihan yang terbaik adalah Pilihan B? Selepas tempoh masa 30 hari jumlah wang anda meningkat sebanyak RM5,368,709.12. Melebihi RM 2,368,709.12 daripada nilai pilihan A.

Itulah dia analogi mudah kesan daripada Compounding atau juga dikenali sebagai Faedah Berganda. Jika konsisten meningkat setiap hari dalam portfolio pelaburan kita, ia akan memberi kesan yang sangat besar. Bayangkan jika anda mempunyai RM10,000 dan ianya sentiasa meningkat 10% pada setiap bulan, apa akan anda miliki selepas 10 tahun?

Namun bukan semua individu memiliki minda pemikiran yang betul untuk melaksanakan Compounding dalam pelaburan mereka. Jika anda meletakkan peratusan yang tinggi untuk meningkatkan jumlah pelaburan anda, sekaligus risiko juga akan meningkat. Kebarangkalian untuk anda gagal juga meningkat.

Sebab itulah kita sebagai seorang pelabur perlu melihat Compounding sebagai satu proses untuk seorang individu yang mempunyai kesabaran tinggi, tetapi perlu faham akan risiko pelaburan terlebih dahulu. Inilah antara caranya untuk kita jadi pelabur yang berjaya, InsyaAllah.

Tidak ada gunanya jika kita mendapat RM1 juta pada hari ini, tetapi kehilangan RM2 juta pula pada hari berikutnya. Biar sikit, lama-lama jadi bukit.

Nak tahu lebih lanjut pasal Compounding ni, jemput baca Bro, Biasa Dengar Tak ‘Compounding Interest’? Ini Ada Contoh Kiraan.

Komen

komen





Source link