Artikel Terkini

FBM KLCI tutup 1,490, paras terendah sejak 21 Disember 2011


KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan politik telah menyebabkan jualan secara mendadak pada hari dagangan 24 Februari 2020.

Pada pukul 5 petang Isnin, indeks FBM KLCI susut 41.14 mata atau 2.69 peratus kepada 1,490.

Ini merupakan paras terendah sejak Disember 2011.

Sebanyak 1,015 kaunter rugi, berbanding 138 kaunter untung, manakala 222 kaunter pula tidak berubah.

Jumlah dagangan yang direkodkan ialah 4 bilion saham, berjumlah RM3.9 bilion iaitu satu angka yang agak besar berbanding purata jual beli saham yang berkisar sekitar dua hingga tiga bilion sehari.





Source link

Related Posts