Uncategorized

Felcra umum dividen berjumlah RM27.59 juta kepada 46,922 peserta

Felcra umum dividen berjumlah RM27.59 juta kepada 46,922 peserta 1



Felcra umum dividen berjumlah RM27.59 juta kepada 46,922 peserta 2

KUALA LUMPUR: Felcra Bhd akan mengagihkan dividen keuntungan berjumlah RM27.59 juta kepada 46,922 peserta Felcra di seluruh negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bagi agihan keuntungan Interim 1/2019, Felcra memperuntukkan 70 peratus daripada jumlah keuntungan hasil ladang bagi tempoh Januari hingga April 2019 untuk diagihkan kepada peserta yang terlibat.

“Baki 30 peratus akan diagih bersekali dengan bayaran agihan keuntungan akhir pada April 2020 nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Felcra akan memastikan bayaran agihan keuntungan Interim 1/2019 kepada peserta dapat dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.

“Felcra bertanggungjawab untuk menguruskan 220,086 hektar bagi 112,454 peserta yang merangkumi kira-kira 1,774 projek di seluruh negara.

“Oleh itu, jumlah keuntungan yang diagihkan ini diperolehi daripada keuntungan bersih ladang-ladang milik peserta yang diurus dan dimajukan oleh Felcra melibatkan 509 buah projek,” katanya.

Azmin juga berkata pengurusan Felcra telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi memastikan purata produktiviti ladang sentiasa berada pada tahap optimum.

“Usaha ini adalah untuk mengimbangi pendapatan yang terjejas akibat penurunan harga komoditi pasaran sedunia,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts