Artikel Terkini

Firma Penasihat Kewangan Terbesar Malaysia Berkolaborasi Dengan Firma Perakaunan


VKA Wealth Planners Sdn Bhd, sebuah firma penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Nizam & Co. Nizam & Co adalah sebuah firma perakaunan berlesen di bawah Malaysian Institute of Accountant (MIA)

“Ini adalah sejarah dalam industri
kewangan di Malaysia,” kata Datuk Paduka Javern Lim, Pengarah Urusan
Kumpulan VKA Financial. VKA adalah antara Firma Penasihat Kewangan terawal yang
ditubuhkan pada tahun 2003 dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan Lesen
oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sejak itu secara aktif menyumbang ke arah
pembangunan industri khidmat nasihat dan perancangan kewangan di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Nizam & Co En
Ahmad Nizam Samsudin,  dia bersetuju
bahawa industri kewangan di Malaysia memerlukan idea baru dalam membantu
Malaysia mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0)

Memudahkan SME dan Syarikat Korporat

Kerjasama ini berteras konsep PENYELESAIAN
KEWANGAN SETEMPAT. Ini secara tak langsung memudahkan rakyat Malaysia
mendapatkan perkhidmatan kewangan seperti perancangan kewangan dan perakaunan
dengan mudah dan pantas. Hakikatnya ini bukanlah sesuatu yang baru di
Australia. Tetapi bagi Malaysia ini adalah sesuatu yang baru perlu dilakukan
dalam  menghadapi cabaran-cabaran yang
akan datang bersama-sama dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0)

Pencapaian Baru

Ini secara tak langsung akan
meningkatkan lagi industri perancangan kewangan di Malaysia mencapai tahap yang
lebih tinggi. Seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak termasuk boleh
mendapatkan khidmat perancangan kewangan tanpa berat sebelah dibawah firma VKA
selaras dengan matlamat VKA itu sendiri sebagai “Firma Perancangan Kewangan
Pilihan Utama Rakyat Malaysia”

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Hanif Yahaya
0188716761
hanif@vka.com.my

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

www.vka.com.my
https://nizamco.com/

Komen

komen





Source link