Uncategorized

Fit AWANI: Makan banyak di jamuan raya? Jangan lupa senaman pula

Fit AWANI: Makan banyak di jamuan raya? Jangan lupa senaman pula 1


SEIMBANG.

Itu kata kunci yang perlu diingati semua yang menikmati keindahan dan keterujaan menyambut Aidilfitri.

Bagi yang terus aktif pada bulan Ramadan, sudah pasti matlamat untuk lebih cergas atau menguruskan badan berjaya dicapai dan kini ujian sebenar harus dilalui pada Aidilfitri.

Pelbagai aplikasi yang kita boleh muat turun pada telefon pintar terbaharu Huawei, P30 Pro untuk membantu kita memantau tahap kecergasan kita dan juga kalori yang dibakar setiap hari.

Sudah pasti ramai yang memilih untuk makan dengan sederhana untuk mengawal pengambilan kalori di rumah terbuka tetapi ada pula tuan rumah tidak henti menjamu makanan yang disediakan kepada tetamu yang hadir.

Namun apa yang saya pelajari daripada jurulatih kecergasan, Mohd Hafizzat ataupun Coach Jatt mengenai kepentingan meraikan Aidilfitri adalah jangan tak makan, tetapi pada masa sama, pastikan ada aktiviti senaman yang dilakukan.

“Paling penting sekali, bila raya stlll enjoy, jangan sampai tak makan makanan raya tapi selepas itu kita kena tahu kita kena ada aktiviti yang kita buat,” kata Coach Jatt.

“Sama ada workout, ataupun berlari, jogging, asalkan ada aktiviti.

“So jangan lebihkan makan tapi kurangkan aktiviti, so kena dua-dua tu kena balance (seimbang).”

Sepanjang bulan Ramadan, saya telah membuktikan kita masih mempunyai masa untuk senaman bagi mengekalkan tahap kecergasan, kesihatan dan berat badan kita yang ideal.

Bagi saya untuk memastikan saya terus bersemangat untuk melakukan senaman, playlist atau susunan lagu yang disediakan pada P30 Pro saya amatlah penting untuk memastikan momentum itu berterusan.

Jika bateri habis sekalipun, dengan penggunaan yang banyak setiap hari, dengan fungsi reverse wireless charging, saya boleh mengecas semula P30 Pro saya dengan menyentuh telefon saya pada peranti yang sama atau yang mempunyai cip Near-Field Communication (NFC).

Ini bagi memastikan saya mendapat gambar selfie yang terbaik dengan rakan-rakan workout saya selepas aktiviti kecergasan.

Sempena Hari Raya, HUAWEI mempunyai tawaran yang hebat! Pelanggan yang membeli peranti terpilih HUAWEI berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah bagi memenangi HUAWEI M3 Lite.

Tawaran ini sah dari 3 Mei hingga 16 Jun 2019.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. Dengan pembelian HUAWEI P30 di Kedai Online Rasmi Huawei, anda akan mendapat Wireless Charging Case dengan percuma manakala pembelian HUAWEI P30 Pro akan mendapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada).

Tawaran ini hanya boleh didapati di kedai HUAWEI Experience atau kedai dalam talian rasmi di sini.

Jadi, jom jangan lepaskan peluang ini!

Huawei Ramadan Kareem





Source link