Artikel Terkini

F&N lancar kempen lepak mamak virtual

71586502558 FnN - F&N lancar kempen lepak mamak virtual



71586502564 FnN - F&N lancar kempen lepak mamak virtual

KUALA LUMPUR: Pergerakan dan aktiviti rakyat Malaysia agak terbatas dalam tempoh tiga minggu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.

Keputusan pelaksanaan PKP ini dibuat dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 yang mana, fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April ini.

Langkah tersebut dilihat membuahkan hasil apabila setakat semalam, situasi COVID-19 menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan seramai 121 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad, iaitu melebihi jumlah 109 kes positif yang direkodkan.

Ia menjadikan kes positif terkini sebanyak 4,228 kes dengan 67 kematian.

Inisiatif yang diambil tersebut tidak hanya tertakluk kepada komitmen kerajaan semata-mata sebaliknya rakyat perlu bersama menggembleng tenaga bagi melandaikan lengkung pandemik COVID-19 ini.

Justeru, trend untuk melepak di kedai mamak atau meluangkan masa bertemu rakan-rakan juga perlu ditangguhkan seketika buat masa ini selain masyarakat mengamalkan penjarakan sosial dengan serius.

Bagaimanapun dengan kemudahan teknologi yang ada masa kini, ia sebenarnya tidak menghadkan kita untuk berkumpul secara maya dan melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan.

Mengambil kesempatan itu, syarikat perniagaan makanan dan minuman, F&N kini melancarkan kempen ‘Mamak Virtual Terbesar Teh Tarik Ori F&N’ yang membolehkan rakyat Malaysia bersantai bersama rakan-rakan di ‘restoran mamak’ kegemaran mereka secara maya.

Kempen tersebut turut melancarkan minuman teh tarik baharu F&N menerusi platform persidangan video, Zoom.

Pengurus Jenama Kanan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, Adelene Tay berkata, kempen yang dijalankan itu bertujuan menceriakan pengalaman pengguna sambil mereka menikmati minuman F&N dalam keadaan selesa di rumah sepanjang PKP berlangsung.

“Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mencuba minuman teh tarik terbaharu kami dalam botol yang mudah diminum, sambil berborak panjang tentang perkembangan terkini dalam sesi Zoom.

“Persidangan video virtual itu turut dihiburkan dengan penglibatan influencer media sosial dan kami yakin ia akan menarik lebih ramai penyertaan dalam kalangan pengguna untuk menyertai kempen ini,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

F&N menerusi kempen tersebut menyasarkan untuk mendapatkan lebih 500 penonton dengan matlamat untuk memecahkan Buku Rekod Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen tersebut, orang ramai boleh terus ke aplikasi mudah alih F&N Life atau layari https://fnlife.com.my/





Source link