Uncategorized

Formula beli 2 rumah dan 1 kereta untuk graduan baru bekerja


“Alhamdulillah, dah dapat pun kerja. Boleh la nak beli kereta lepas ni. Hehe.”

Ini salah satu dialog yang ramai anak muda sebutkan bila dah berjaya dapat kerja. Dan ini adalah satu keputusan yang kurang bijak.

Kalau korang tengah pelan nak beli kereta, Tok cadangkan baca dulu perkongsian Tuan Harith Faisal ini.

GH Masterclass

Ada teknik yang kita boleh gunakan untuk beli kereta, tanpa sentuh langsung duit gaji kita.

Korang pakai kereta, tapi orang lain tolong bayarkan. Best kan bunyinya?

Ya, Tok tak bergurau dengan korang.

Cara ini betul wujud dan terbukti berkesan untuk semua orang buat. Boleh korang simpan duit gaji untuk buat pelaburan lain dan buat lebih banyak duit.

Susah nak pertikaikan. Ramai fresh graduate yang dah dapat kerja (bergaji sekitar RM2,700), tapi bayar ansuran bulanan kereta RM800 sebulan.

Ini bukan cerita sanggup bayar RM800 sebulan untuk kereta. Kalau ikut hati, semua boleh buat. Tapi, berbaloi ke bazirkan RM800 sebulan untuk ego kita?

Mari kita kira.

Katakan seorang graduan ini bergaji RM2,700 sebulan, dan ada tanggungan ansuran bulanan kereta sebanyak RM800 sebulan:

  • (RM800 / RM2,700) X 100% = 30%

30% daripada gaji digunakan untuk bayar ansuran bulanan kereta, dan ini adalah tindakan yang tak baik.

Bukan murah nak tanggung kos pakai kereta. Bayangkan. Kita kena bayar ansuran bulanan, cukai jalan (roadtax), dan lebih parah lagi, penyelenggaraan kereta (maintenance) yang pasti akan makan banyak duit kita.

Itu tak masuk lagi duit minyak dan duit tol.

Silap-silap, kereta itu mungkin akan makan sehingga 60% daripada duit gaji setiap bulan. Bila ditolak siap-siap, kita cuma tinggal 40% saja untuk survive sampai cukup bulan.

Kesan daripada tindakan ini?

Dapat ke korang simpan duit kahwin, deposit nak beli rumah, simpanan kecemasan, atau lain-lain simpanan yang sama waktu dengan perkara ni?

Duit untuk melabur entah ke mana. Duit “melebur” lagi adalah.

Sebelum korang terjebak membeli kereta mahal (atau lebih tepat, kereta yang lebih dari kemampuan korang), fikir dulu masak-masak. Kalau dah terjebak, batang hidung sendiri yang kena tanggung akibatnya.

Nota penting: Teknik ini tak akan menjadi kalau korang tak belajar nak tangguhkan KEMAHUAN.

Daripada korang beli kereta, baik lagi korang simpan duit dan beli rumah dulu. Bila dah ada rumah, korang boleh sewakan rumah ini.

Dan bila korang dapat sewakan rumah ini, duit lebihan untung itu boleh kita gunakan untuk jelaskan ansuran bulanan kereta, tanpa sentuh duit gaji korang.

Ini cara yang betul untuk gunakan duit gaji, yang susah payah korang nak dapatkan tu. Ini dikira sebagai sumber pendapatan pasif (passive income) kita.

Tuan Harith berikan satu contoh untuk kita mudah hadam dan faham. Katakan, kita seorang fresh graduate yang baru dapat kerja dan bergaji RM2,500 sebulan.

Dengan gaji RM2,500, kita layak membeli rumah berharga RM240,000 (maksimum).

Nota: Sebagai permulaan, tak apa beli rumah yang kecil dan sederhana. Sebab kita belum lagi nak duduk sendiri. Kita nak gunakan rumah ini sebagai pelaburan yang jana pendapatan pasif.

Korang mula cari rumah bawah harga pasaran yang berharga RM100,000, dengan ansuran bulanan sebanyak RM500.

Kemudian, sewakan rumah ini pada harga RM700 kat penyewa.

Kat sini, korang dah dapat aliran tunai (cashflow) positif sebanyak RM200 daripada rumah pertama ini.

Sebab korang tak gunakan maksimum kelayakan (RM240,000 tadi), korang boleh beli segera rumah kedua untuk pelaburan.

Cashback (rebat tunai) daripada pembelian rumah pertama boleh kita gunakan untuk bayar deposit rumah kedua korang tu.

Nota: Untuk rumah kedua, cari rumah yang berharga RM140,000 dengan ansuran bulanan RM700.

Bila dah dapat rumah pada harga dan ansuran bulanan ini, sewakan rumah itu pada kadar RM1,000 sebulan. Korang boleh sediakan rumah yang fully furnished untuk capai kadar sewaan ini.

Jom kita kira pula aliran tunai untuk rumah ke-2 ini:

  • Kadar sewa bulanan – ansuran bulanan rumah = Aliran tunai (cashflow) yang kita akan dapat.
  • RM1,000 – RM700 = RM300.

Korang akan dapat RM300 sebagai pendapatan pasif. Alhamdulillah.

Nota: Ini cuma kiraan untuk bayar ansuran bulanan kereta saja. Simpan dulu duit muka (downpayment) yang cukup untuk beli kereta nanti ya. Asalkan dapat ansuran bulanan yang tak lebih RM500 dah cukup memadai.

Jadi, jumlah pendapatan pasif yang korang akan dapat adalah:

  • RM200 + RM 300 = RM500 sebulan.

Kat sini, korang dah boleh cari kereta yang ansuran tak lebih daripada RM500 sebulan.

Kereta ni, korang yang pakai. Tapi, penyewa rumah korang yang tolong bayarkan.

Korang hanya perlu tangguh kemahuan untuk beli kereta. Dan ia tak sampai tempoh setahun pun.

Dan hasilnya, korang dah ada 2 buah rumah dan 1 kereta percuma, yang dibayar oleh penyewa korang. Seronok kan?

Nota tambahan #1: Lagi bagus kalau korang boleh tahan tak beli kereta dulu. Kalau nak sangat, boleh je beli kereta secondhand secara tunai. Korang dah tak payah pening nak bayar ansuran bulanan.

Nota tambahan #2: Baru dapat kerja, dan masih berfikir nak beli kereta, atau rumah dulu? Korang boleh baca artikel Tok yang lain dengan klik kat sini.

Nota tambahan #3: Kalau gaji korang lebih atau kurang daripada RM2,500 (seperti dalam contoh ni), korang boleh kira sendiri. Sebab Tuan Harith dah sertakan sekali cara kiraan, dan yang paling utama, IDEA bernas ini.

Jadi, korang boleh buat kiraan sendiri supaya ia sesuai dengan gaji masing-masing. Matematik tak pernah menipu.

Selamat mengira ya.

Lepas ni, Tok akan tumpukan perhatian kat setiap pos Tuan Harith yang bermanfaat seperti ini. Yang paling best, ia bukan bermanfaat buat Tok saja.

Malah, korang pun boleh dapatkan manfaat berganda daripada perkongsian seperti ini. Itu tujuan Tok yang paling utama sekali. Kalau Tok dapat, Tok akan pastikan korang pun dapat ilmu dan manfaat yang sama.

Baca, baca juga. Tok harap korang terus buat lepas habis baca ya. Tok doakan semoga korang cepat berjaya. Ameen.



Source link