Artikel Terkini

Formula TRUMP Untuk Jadi Berkuasa Dan Berpengaruh


Siapa tak kenal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45 ini? Donald Trump merupakan salah seorang personaliti televisyen dan ahli perniagaan yang terkenal di seluruh dunia, sebelum beliau menjadi Presiden lagi.

Beliau juga merupakan pemilik The Trump Organization, yang merupakan 500 entiti perniagaan di mana Donald Trump adalah pemilik atau permilik bersama. Lebih kurang 250 entiti tersebut menggunakan nama Trump sebagai nama organisasi mereka.

Apakah sebenarnya yang membuatkan Donald Trump ini terlalu berkuasa dan berpengaruh? Sehingga beliau turut membukukan sebuah catatan berjudul Pengaruh Gaya Trump.

Kisah Trump Semasa Kecil Dan Kaitannya Dengan
Pengaruh

Sewaktu Trump masih kecil, beliau bermain bongkah kayu bagi
membina bangunan mainan, namun beliau kehabisan beberapa blok binaan. Akhirnya
beliau meminjam blok kayu daripada adiknya untuk menyiapkan ‘Trump Tower’ miliknya.

Ketika Trump telah dewasa dan mula berbisnes, beliau menggunakan konsep yang sama iaitu meminjam bongkah kuasa pengaruh bagi membina menara bisnesnya.  Secara tidak langsung, itu merupakan modal pusingan Trump dalam setiap perniagaan yang diceburinya.

Dengan gaya pengaruh
tersebut, Trump dapat mempertahankan kedudukannya. Namun, beliau merumuskan 5
formula pengaruh Trump untuk lebih berkuasa dan berpengaruh besar.

5 Formula Pengaruh Gaya Trump Adalah:

T: Taktik dan teknik dalam mengenal pasti pengaruh yang tersembunyi

R: Respons kepada kegagalan yang menjadi modal tambah untuk membina pengaruh

U: Ukur nilai pengaruh dan seni yang memanjangkan hayatnya

M: Mencipta rantaian pengaruh melalui rangkaian sedia ada

P: Pemikiran seseorang wajib ada bagi merebut peluang dan menyekat penghalang

Kuasa Pengaruh Boleh Dibina, Dibentuk Dan Dikawal

Kuasa pengaruh bukanlah sifat semulajadi yang hadir dalam diri seseorang tetapi ianya boleh dibina, dibentuk dan dikawal. Bermula daripada angan-angan, kuasa pengaruh akan datang dari dalam. Inilah yang beliau lakukan sehingga beliau menjadi pemimpin yang benar-benar berpengaruh.

Menurut Trump, pengaruh dan kuasa bukan sahaja diperlukan bagi seorang pemimpin, tetapi bagi semua jawatan. Seperti Trump, beliau bukan sahaja seorang pemimpin, tetapi juga seorang ikon, jururunding, pemikir, mentor, pakar motivasi, jurujual dan jutawan.

Itulah gaya-gaya kuasa pengaruh yang diperlukan. Jika anda seorang pemilik perniagaan atau pelabur, gunalah formula TRUMP bagi meluaskan kuasa dan pengaruh anda.

Sumber RujukanPTS



Source link