Artikel Terkini

Gaji RM2,500 Boleh Simpan RM750 Sebulan, Ikut Formula Dan Kompas Kewangan Ni


Duit sekarang ni macam air, dapat je gaji mesti cepat habis bayar komitmen hutang semua. Last sekali tinggal beberapa ratus je untuk survive sambil tunggu gaji bulan seterusnya.

Inilah senario yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita tentang pengurusan kewangan. Sekiranya masalah ini berterusan tanpa dikawal, ianya pasti membimbangkan.  

Kesedaran pengurusan kewangan di kalangan masyarakat kita masih rendah, sebab itulah cashflow gaji tidak dapat dikawal dengan baik dan kita tidak mempunyai disiplin yang baik. Simpanan

Sepatutnya pengurusan kewangan perlu diajar kepada semua orang sejak kecil lagi untuk dijadikan tabiat. Bila sudah meningkat dewasa, kita dah tahu apa nak buat apabila terima gaji pertama.

Jika pengurusan kewangan tidak dijaga dengan baik daripada awal, tidak mustahil selepas bersara nanti kita terpaksa berkerja lagi untuk meneruskan kehidupan.

Formula kewangan yang biasa kita guna “Belanja dulu, baki baru simpan”. Formula inilah yang menyebabkan berlaku kebocoran duit. Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya kita perlu mengagihkan simpanan untuk kebahagian kita di masa depan dengan mengikut “Kompas Kewangan”.

Bagi graduan yang baru saja mula bekerja, boleh follow formula ini sebagai panduan cara menguruskan wang.

Sebaik saja dapat gaji, perkara pertama adalah asingkan gaji tersebut kepada 4 bahagian.

30% – Simpanan Wajib
60% – Komitmen Paksa
5% – Seronok
5% – Bocor

1. Simpanan Wajib (30%) = RM750

Sebagai contoh, gaji kita RM2,500 sebulan. 30% daripada RM2,500 adalah RM750 sebulan. Dengan RM750 sebulan, anda perlu agihkan buat simpanan masa pendek, simpanan masa panjang dan takaful untuk lindungi harta anda.

Contoh platform yang sesuai untuk buat simpanan pendek kurang daripada 5 tahun adalah:

Manakala untuk simpanan jangka masa panjang 5-10 tahun, platform yang sesuai adalah:

Jangan lupa juga untuk asingkan simpanan wajib tadi dengan mengambil perlindungan Takaful.

2. Komitmen Paksa (60%) = RM1,500

Ramai graduan muda membuat kesilapan besar dengan perbelanjaan paksa melebihi 60% daripada gaji, dan punca utamanya ialah dengan membeli kenderaan yang tidak sesuai dengan pendapatan.

Jika kita ingin beli kereta, sebaiknya instalment bulanan kereta adalah 15% daripada gaji atau setahun gaji.

Contoh:
RM2,500 x 15% = RM375 sebulan atau RM2,500 x 12 bulan = RM30,000

Kalau gaji RM2,500 sebulan, carilah kereta yang bernilai RM30,000. Banyak pilihan yang ada kan pada harga ini?

Bagi yang fresh graduate, sebaiknya
jangan terus beli kereta baru walaupun anda layak untuk beli kereta baru yang
bulanan RM700 – RM900 sebulan. Ini punca kebocoran terbesar dalam pengurusan
kewangan jika beli kereta dengan harga yang sedemikian.

Masih boleh dapat ke kereta bulanan bawah
RM375 sebulan ?

Masih ada kereta RM375 sebulan, contoh Perodua Axia dan Proton Saga FLX second-hand.

60% daripada RM2,500 adalah RM1,500 sebulan. RM1,500 – RM375 = RM1,125

Anda masih ada lebihan RM1,125 sebulab
untuk bayar komitmen lain seperti

  • Sewa Bilik
  • Hutang PTPTN
  • Sedekah Mak Ayah
  • Bil Elektrik / Air
  • Bil Telefon

3. Seronok (5%) = RM125

Dalam sebulan berkerja, kenalah ada ganjaran untuk diri sendiri. Penat lelah siapkan tugasan, stres lagi dengan lambakan kerja. Jadi sebaiknya kita peruntukkan 5% daripada gaji untuk berseronok dan reward diri sendiri.

Contoh:
5% daripada RM2,500 adalah RM125

Setiap orang berbeza cara meraikan diri sendiri, ada yang suka shopping pakaian mahal dan ada yang suka makan di restoran mewah. Terpulang kepada anda bagaimana untuk meraikan diri sendiri asalkan anda tahu bajet yang dibelanjakan setiap bulan.

4. Bocor (5%) = RM125

Keperluan atau kemahuan? Soalan yang
klise bila kita mahu beli sesuatu. 

Bila kita dah agihkan 5% daripada gaji anda, anda ada satu jumlah yang untuk berbelanja perkara yang kemahuan. Contohnya makan kedai makanan segera, beli baju atau seluar baru. tengok wayang dan lain-lain lagi.

Yang bestnya, kita membeli perkara yang merupakan kemahuan, tetapi masih lagi dalam kawalan perbelanjaan.

Jangan pula terlebih belanja, agar kompas kewangan anda tidak terganggu di antara satu sama lain.

Komen

komen





Source link