Uncategorized

(GAMBAR) Dekorasi Rumah Sempit Konsep Scandinavian


Ramai beranggapan, saiz kediaman yang kompak sukar untuk ditata hisa indah. Segala hal jadi terhad dan terbatas. Namun tidak bagi Puan Nur Victoria Ho. Kediaman teres yang dimiliki mempunyai saiz kompak di hias riangkas dengan mengetengahkan konsep Scandinavian. Ini antara tip yang dikongsikan untuk meghias kediaman gaya Puan Nur Victoria Ho:

Tema scandinavian dan minimalist sesuai untuk ruang kediaman yang terhad.

PEMILIHAN PERABOT
Perabot dan hiasan yang dipilih merupakan design yang ‘simple/clean finished’ supaya ruang yang terhad kelihatan lapang dan ‘straight forward’. Pilihan rona perabot dari warna yang cerah, pastel dan sejuk agar ruang kediaman kelihatan tidak terlalu sesak dan sentiasa sejuk di pandangan mata.

RONA CAT
Rona dinding putih/soft grey menjadi pilihan sebab rona sebegini memantulkan cahaya dengan lebih baik supaya ruang terhad kelihatan lebih luas. Rona-rona sebegini juga dikira ‘safe’ dan tidak lari dari tema scandinavian.

PENCAHAYAAN
Maksimakan pengcahyaan
dalam kediaman supaya ruang kelihatan ‘alive’. Sekiranya kediaman tidak mempunyai pengcahayaan semulajadi yang mencukupi, letakkan lampu ‘warm white’ di beberapa sudut supaya kediaman tidak kelihatan kelam.

AKSESORI SEGAR
Serikan lagi kediaman dengan tumbuh-tumbuhan hiasan. Seeloknya gunakan tumbuhan hidup sebab selain dijadikan hiasan, tumbuhan hidup mampu membersihkan udara di dalam rumah. Namun sekiranya terdapat kekangan, maka tumbuhan ‘artificial’ boleh dijadikan pilihan. Tempatkan tumbuhan di beberapa sudut yang sesuaikan supaya mampu ‘accentuate’kan lagi sudut tersebut.

 

TIP DEKOR RUMAH SEMPIT PUAN nUR 

1. Sebelum memulakan kerja dekor, perlu pastikan & tetapkan tema/konsep dekor yang bersesuaian dengan jenis/ruang rumah.

2. Selepas itu, padan suaikan rona perabot/hiasan ikut tema. Jangan lari dari tema nanti kelihatan ‘too much details’ dan rasa ‘sesak’.

3. Sebelum beli perabot, pastikan ukur dulu ruang supaya tak perabot tak terlalu ‘kerdil’ atau memakan ruang.

4. Pengcahayaan memainkan peranan supaya menaikan mood di ruang tertentu & memberikan ‘ambience’ keseluruhan ruang.

5. Jangan takut untuk bereksperimen dengan kediaman & rajin-rajin refer pinterest/ig untuk dapatkan idea-idea/tema/konsep yang sesuai dengan kediaman.

6. Yang penting, dekor ikut budget & upgrade kediaman secara berperingkat ikut budget masing-masing. Sometimes, less is more.

 

Komen anda





Source link