Uncategorized

Gaya kenakan sepit rambut pada tudung?


GAYA mengenakan sepit rambut pada tudung seakan-akan menjadi trend wanita berhijab kini.

Sepit yang sinonim digayakan pada rambut wanita kini diletakkan di bahagian depan tudung.

Antara beberapa selebriti yang turut mengenakan trend sepit tudung ini adalah Datin Vivy Yusof, Sarah Suhairi serta ramai personaliti media sosial.

Hadir dalam pelbagai warna dan bentuk, sepit hijab ini nampaknya menarik perhatian netizen.
 

 

@LeeLing: Cara pakai tudung yang cantik yang simple sahaja bagi pandangan saya tak payahlah nak sepit situ sepit sini nak keluarkan anting-antinglah macam-macam.

@MashitahAlMohamadi: Yang lawa pakai, memang nampak lawo. Cuba yang macam Baby Polla pakai gitu, rasa nak pukul je.

@EyraTaherah: Fesyen ni dah lama dah..  Zaman aku kecik-kecik darjah satu 2002 lagi cikgu aku dah letak sepit kat tepi tudung maacam dalam gambar tu.

@FarraAzman:Trend sepitlah trend anting-anting terkeluarlah trend tudung lilit leher sampai tercekiklah. Bila trend labuhkan tudung longgarkan baju tak ada pula yang nak ngikutnya.

@NanaHusna: Raya tahun depan budak-budak ni letak stepler pulak nanti. Ramalan akulah.

 

Apa pendapat anda? Adakah gaya ini sesuai digayakan ketika lebaran nanti atau sedikit ‘over’ untuk menggabungkan sepit rambut dan tudung?

Tepuk dada tanya selera.

 





Source link